Rabu, Januari 19, 2011

Resepi Sotong Goreng Tepung

 nasib baik sempat snap..kejap ajer nak habis
Susah betul nak cari sotong sekarang ni.  Tak ada musim kot. Akak pernah gak goreng sotong guna tepung gogi tu tapi rasa cam tak best aa sebab meletup-letup..menci habis berterabur minyak.  Pastu kena kemas pulak tu.

Sekarang ni akak goreng tepung cara yang pernah akak buat dulu. Buat goreng sotong ni pun dah lama, baru jumpa gambar.  Akak kan lalau malas,  suruh ajer Firdaus tolong goreng bila akak dah siapkan campuran tepung.
Bahan-bahan
  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • garam secukupnya
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus
Cara-caranya
1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
Kalau goreng banyak mesti minyak kotor.  Buang minyak tu dan gunakan minyak baru.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas dengan cili sos.

12 ulasan:

  1. salam kak

    ha'ah hbs berterabur kecah dapo pakai tpg goji

    BalasPadam
  2. siyes me suka mkn benda ni tp siyes tak reti nak buat heheheh

    BalasPadam
  3. Fuh!..jadi manager cekap,goreng sotong pun pandai..hebat Firdaus!boleh buat menantu ni..;P

    BalasPadam
  4. fuh sedapnya..da lah anne memang suka sotong...haha ;)

    BalasPadam
  5. best nie kak, resepi utk sos dia ada tak kak

    BalasPadam
  6. alamak..apa dia tepung goji tuhhhh..kena google nih...;)

    BalasPadam
  7. deqlis suka guna tepung kentucky yg adabi tue..amik yg spicy..mmg sodapp!!.. mix sikit ngan tepung gandum/beras..


    JOM USHA:Deqlis dah join..uolls dah ker?? Pendapatan Sampingan Berblog Dengan HeartBeat.My ...!

    BalasPadam
  8. kak ina..
    bagi resipi cendawan goreng tepung pula boleh?
    hehe

    ke dah ada resipinya di sini?

    BalasPadam
  9. salam kak...baru terjah blog akak ni. best gak ek blog ni..patut ramai mari.

    anyway, ada satu lagi cara nak buat sotong goreng tepung ni rangup. saya pun dapat dr teman fb. boleh tengok kt link ni... http://adaapadgnaidadewie.blogspot.com/2010/12/sotong-celup-tepung.html

    BalasPadam
  10. salam kak,terjah nak cari sotong goreng tepung

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...