OOO

Jumaat, Januari 14, 2011

Resepi Sup Bihun Vietnam

Resepi Sup Bihun Vietnam ni sebenarnya menggunakan kuetiau tapi dek sebab tak ada stok dan malas nak keluar akan tukar kepada bihun. Macam pelik gak bila tenguk bahan sup guna ikan bilis dan stok ikan bilis.

Tapi nafsu nak mencuba tu ada. Akak buat gak dan bila dah siap Imran suka pulak makan bihun sup ni. Sampai mintak 2 kali. Oleh sebab tekak orang melayu/jawa akak makan dengan sambal kicap...sedap...Resepi ni akak ambil dalam Harian Metro keluaran 5hb. Januari 2011.

Bahan Sup-Untuk sajian 2 orang
500gm daging termasuk tulang untuk dijadikan air rebusan
100gm gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 liter air
Bahan bihun
200gm bihun-rendam dengan air mendidih sekejap dan toskan.
20gm daging steak/batang pinang
1sudu besar bawang goreng
3 tangkai daun sup/daun bawang-hiris halus
2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)-akak buat sambal kicap
2 biji limau kasturi atau limau nipis
sedikit taugeh
akak tambah
Sayur kobis dan sawi-celur sekejap
1 biji tomato-potong 2
3 biji bawang putih dan 1inci halia-ketuk sikit
Cara-cara
1.Rebus daging dengan air untuk mendapatkan air rebusan bersama bawang putih dan halia.
2.Masukkan bersama-sama kiub ikan bilis dan ikan bilis yang telah di kisar dan masukkan juga gula dan garam. Ketepikan.
3. Ambil sedikit air rebusan daging , biarkan mendidih lalu masukkan 20gm daging yang telah di hiris tipis. Selepas tu bubuh dalam ke dalam mangkuk bersama-sama bihun/kuetiau dan sayur. Tuangkan kuah sup tadi.
4. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
5. Letakkan cili ataupun sambal kicap.

Petua Chef
  1. Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembek.
  2. Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya
  3. Guna daging berkualiti seperti daging batang pinang/daging steak kerana ianya senang masak dan tidak mengambil masa lama untuk masak.
  4. Sup Vietnam tidak memerlukan rempah ratus banyak tapi melebihkan sayur.

12 ulasan:

  1. PERTAMAXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

    good luck race besok!!

    BalasPadam
  2. wauuu besh2..bOle la cube paSni huhu tq sharing kak ina ;)

    BalasPadam
  3. kak ..jadik lapar perut saya tau !

    gudluck untuk esok kak .

    BalasPadam
  4. yummy--boleh try ni--me suka semua jenis bihun/mee/kue teow sup--tak mkn nasi pun tak pe ehhhe

    BalasPadam
  5. macam sedap je kak.. copy paste yek.. nak cuba gak..

    BalasPadam
  6. wah rajinnya kak ina..klu pakai kue teow mesti lagi best kan...

    BalasPadam
  7. Nyam,nyam...sedapnya..kena suruh wifey buat ni..umm..pi makan umah kak ina terusla sekeluarga..hik3..

    BalasPadam
  8. salam kak

    saya pon minat ..setiap hari rabu metro ade resipi

    BalasPadam
  9. bestnya bihun ni..nampak mcm healthy je..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...