OOO

Khamis, Januari 20, 2011

Sape tenguk malam tadi???

Tak sabar bila tv9 buat promo tentang drama ni. Tak sabar nak tenguk lakunan Allahyarham Faizal yang merupakan lakunan terakhir beliau sebelum beliau meninggal dunia baru-baru ini. Lakunan yang mantap dari arwah memang meninggalkan kesan di hati akak.

Sinopsis
Jangan Hantar Aku Ke Neraka adalah telefilem yang emosional menceritakan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami.
Mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup. Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai. Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya.

Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya. Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.
Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur. Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya yang luka walaupun jauh di sudut hati Zai amat merindui ibunya. Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit.
Mak Jah semakin tenat, nama Zai acapkali disebut-sebut membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka. Dalam keadaan nazak sebegitu, sekali lagi Mak Jah dimarah kerana masih lagi mengingati Zai yang hilang entah ke mana.
Pada suatu hari, Zai mendengar berita tentang kematian ibunya yang tersayang. Zai terus pulang ke kampung tetapi Hamzi dan Ita tidak membenarkan Zai melihat jenazah ibu mereka sehingga tergamak untuk mengikat Zai pada tiang di bawah rumah.
Kesian sebab Zai di katakan membuat kerja haram di Kuala Lumpur padahal beliau bekerja sebagai pekerja disyarikat ibu saudara Sally (Salmah). Tiada siapa yang dapat membantu Zai dan ini membuatkan Zai berasa dirinya bersalah terhadap kematian ibunya dan telah menjadi anak derhaka.
Masa berlalu, kini Zai telah berjaya menjadi perancang perkawinan profesional dan kehidupannya mula senang. Sebaliknya abang dan kakaknya pula hidup dalam keadaan yang begitu sudah.

Hami kaki judi sering diugut oleh konco-konco Khalid untuk mengutip hutang. Ita juga sering memarahi Hamzi kerana meminta hutang yang dipinjamkan kepada Hamzi. Suatu hari Hamzi dipukul teruk oleh konco-konco Khalid dan akhirnya menjadi lumpuh.
Zai dah jadi jejaka handsome dan bergaya dan bawah anak kakak dia Ita (last cerita ada misai..handsome)
Kini Ita terpaksa pula menjadi Hamzi dan keadaan menjadi semakin tertekan buat Ita kerana diberhentikan kerja. Bak kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga, Ita dirogol oleh konco-konco Khalid dan Hamzi tidak dapat berbuat apa-apa kerana lumpuh.

Keadaan dua beradik itu menjadi semakin tidak terurus dengan Hamzi yang lumpuh dan Ita yang semakin tertekan apabila mengandungkan anak yang tidak diketahui siapa bapanya.
Memang sedih tenguk telefilem ni kan. Akak kesian tenguk Mak Jah yang sakit kaki tu...cam akak kena hari tu. Jalan tertengkot-tengkot dan kena gunakan tongkat sebab tak mampu nak mengubati penyakit beliau.
Terkejut tenguk penampilan Wan Nurazlin ni.

Update..ada pulak yang tanya ending..

Setelah keadaan Hamzi dan Ita yang otak dah tak betul setelah di rogol oleh kawan-kawan Hamzi dan tak terurus, Zai ambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung. Beliau menguruskan abang dan kakak beliau dengan kasih sayang. Ita meninggal dunia semasa melahirkan anak dan Hamzi beransur sembuh hasil dari jagaan Zai.

Zai pula telah berjaya membuka butik di kampung dan menjadi perancang perkawinan yang fofolur dan tak lembut lagi.
Al fatihah buat Allahyarham Faizal. Semuga di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

17 ulasan:

  1. Citer seram ke citer nie? Xde lah, citer nie mmg sedey sangat, mengalir air mata nonton ha.. Mmg kesian dan terharu..

    BalasPadam
  2. ala..xtgok smlm keluar ngn kwn..hrp2 nt tv9 tyg lg skali.huhu..suka sgt adik blakon cte sutun tu.

    wan norazlin bukan pakai tudung ke? hmmm..

    BalasPadam
  3. sy tengok gak..memang meruntun perasaan la. kejam anak2 buat ibu mcm tu..Al-fatihah untu Allahyarham faizal yusof

    BalasPadam
  4. saya tak tengok kak.
    apa endingnya kak.?
    zai selamatkan kakak n abang dia kan?

    BalasPadam
  5. drama yg bagus bole memberi pengajaran kepada kita..:)

    BalasPadam
  6. sedihnya citer ni bila baca entri kak ina ni...tapi x nengok pun semalam..best2..harap ada ulangan

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    Al Fatihah untuk Allahyarham Faizal

    Wassalam

    BalasPadam
  8. alfatihah untuk arwah faizal. kakchik tak sempat nak nonton cerita ni. tv pun dah banyak hari tak berpasang sejak cik abe kerja makan gaji balik. macam best je drama ni.

    erk... apa terjadi pada tudung w.nurazlin?

    BalasPadam
  9. AL=FATIHAH buat arwah faizal..tak tengok pun kak...apa endingnya?

    BalasPadam
  10. La malam tadi ke Kak ina.. sungguh tak alert. Sib baik kak ina tolong ceritakan kat sini.. thanks n Alfatihah

    BalasPadam
  11. malam tadi merondaa... heheheh ...

    BalasPadam
  12. al-fatihah utk arwah--semua pun akan pergi termasuk kita semua--ikut time masing2..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...