OOO

Selasa, Januari 11, 2011

Sinopsis Drama Tiramisu – Tiramisu Slot Akasia TV3

Alamak termisslah pulak cerita Tiramisu di TV3. Bila tenguk minggu lepas macam bestlah pulak. Nasib baik boleh tenguk balik dalam Tonton TV3. Salah seorang pelakon tiramisu ialah Pierre Andre. Dalam episod pertama Peirre Andre (Dani Mirza) masih bersekolah dan sungguh fofolur di sekolah tersebut. Jom baca sinopsis Drama Tiramisu.
‘Tiramisu’ mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain.
Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi.
Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
Antara pelakun Tiramisu
Sheila Mambo
Rahim Omar
Pelakon Drama Tiramisu Yang Lain
Noni Af,Zain Ruffegde,Tania Hudson dan pelakun kanak-kanak yang fofolur sekarang ni Mia Sara Nasuha.

Tiramisu telah pun di tayangkan pada 27 Disember 2010 di Slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

Episod semalam Liyana telah menjawab call dari Melur dan telah mengatakan yang dia akan bertunang dengan Dani tanpa pengetahuan Dani. Melur merasa kecewa dan tidak melayan lagi sebarang panggilan dari Dani.

Suka tenguk lakunan mereka berdua. Lakunan yang mantap sampai akak terlayanlah pulak drama ni selepas dah lama tak tenguk Akasia. Yang best lagi sebab ada lagu Aizat Teka Susun Silang Kata.

p/s Bengang gak tenguk episod drama Tiramisu yang lalu...ashik replay ajer..boring..tapi pasal minat..kenalah bersabar.

13 ulasan:

  1. layan jugak citer nih sbb pelakon dia bersahaja..jln cite pun x berat..

    BalasPadam
  2. best ek citer ni kak ina, harapnya dpt la nengok sekali dua sebab tk sempat nk kejar masa blik dr opis...

    BalasPadam
  3. citer ni kan yg ada arwah faizal yusof tu berlakon?

    BalasPadam
  4. hmm...memang best tiramisu ni kak...memang follow dari memula start sebab suka dgn lakonan bersahaja arwah Faizal....semua pelakon pun best...hmmm

    BalasPadam
  5. mmg best pon.suke tgk karakter melur yg bengom2.hahaa....suke wt sore kartoon

    BalasPadam
  6. saya dah tak minat nak tgk cerita mcm ni sebab takleh nak follow...mesti ada siri yg miss nanti..tu yg tak start tengok..

    BalasPadam
  7. citer ni best & tak boring..
    tapi watak abang ipar tu dah takde..tsk!

    hilang sebutir lagi permata seni..alfatihah buat arwah..

    BalasPadam
  8. saya tak faham episod semalam. idak ke kedai pastry dah di rasmikan, kenapa lak si Liyana asik diskas pasal konsep! ataupun silap penyuntingan?

    BalasPadam
  9. saya pun layan cite ni jugak ;) beshhhh

    BalasPadam
  10. mestilah best.....sepatut artis mcm sharifah amani dan pierre ini dapat best award sebagai pelakon terbaik....berlakon rileks dengan muka bersahaja....sangat spontan...very nice...tidak berlagak.....mereka memang pasangan cun.........setiap lakonan artis dua ini memmangggg paling layaaaannnn.......low profile but very high quality...............

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...