OOO

Selasa, Januari 04, 2011

Trafik Tinggi vs Trafik Rendah (Kalau ada BElah)


Bukan nak menunjuk tapi nak bagi tips sikit camner nak naikkan BE dengan cepat. Kalau nak harapkan duit BE memang tak kaya dan sebenarnya lebih banyak lagi akak dapat duit kukis dari BE ini.

Tapi bila dah dapat BE tu kenalah bersemangat dan bermotivasi kat diri sendiri agar lebih rajin update blog. Seronokkan bila setiap pagi buka website Nuffnang tenguk earning bertambah.
Nak dapatkan BE sebanyak ini kena ada trafik sekurang-kurangnya 1,000 lebih uv. Pengsan gak nak tarik orang jenguk sebanyak itu.

Cerita pasal trafik pun pening. Bukan senang nak tarik orang datang keblog kita. Kalau kita ni artis ker, pelakon ker,model ker atau macam girl friend Khairul Fahmi tu okeylah juga. Update 5 hari sekali pun tak per.

Tapi akak ni cuma orang biasa, seorang ibu yang dah nak masuk 1/2 abad, muka dan body tak selawa mana pun. Kenalah pandai buat cerita. Kalau ashik pot pet syok sendiri pun orang meluat nak jenguk.

Bukan senang nak dapat BE sekarang ni. Macam Robb kata sekarang terlampau banyak blog yang dah berdaftar dengan Nuffnang. Dah ratusan ribu dah. Banyak bukan yang dah dan pandai buat blog. Budak kecik pun sekarang dah buat blog.

Bukan pihak Nuffnang yang pilih blog mana nak letak iklan tapi pengiklan tapi pengiklan sendiri yang pilih. Jangan pulak kata bila orang dapat income lebat dari Nuffnang tu ...olang itu pandai bodek olang Nuffnang.

Kalau dapat memang rasa bersyukur. Kalau tak dapat redha ajerlah. Takkan nak putus asa sampai bertukar ke pengiklan lain. Memang kalau ikutkan akak layak tukar kat encik hijau tu tapi
takut nanti yang di kejar tak dapat, yang di kendung berciciran.

Kalau dapat BE dari telco memang untung sebab selalunya memang boleh sampai ratusan. Alhamduliah sebab akak dah pernah merasa.


Bulan lepas akak cuma dapat BE dari blog khazanah barang lama. Oleh sebab trafik kat blog ni tak banyak nilah hasil yang akak dapat. Dapat gak BE untuk blog ini tapi sikit ajer RM1.03. Kadang-kadang macam nak merajuk tapi sapelah pulak nak pujuk. Setialah jugak kat yang satu.

Memang tak boleh cash out kalau nak di ikutkan bulan lepas. Alhamdulliah nasib baiklah dapat sikit dari duit sponsor.

Tak perlahkan..janji ada daripada tiada. Tapi kalau kejar sangat RM pun tak boleh juga. Bila tak ada RM terus patah semangat nak berblog.

Bukan senang nak senang tau, ambil masa bertahun-tahun macam akak tapi ada juga blogger yang bernasib baik sebab tak sampai setahun boleh dapat ribu riban. Itu dah rezeki dia. Kita tenguk ajerlah dan jadikan motivasi untuk diri sendiri. Kenapa dia boleh berjaya? Kenalah buat baik dan minta tips dari beliau.


Berblog memang best tapi bila dapat RM sambil berblog lagi best. Betul tak?

p/s kalau orang sewa tapak iklan pun bagus jugak..dapat gak RM. Terima kasihlah pada orang yang sewa tapak kat blog akak sekarang ni. Bila ada orang sewa tapak iklan kita kena gak jaga trafik. Nanti kalau trafik rendah tentu pengiklan barangan tak nak sewa. Sape yang rugi..kita juga kan.

27 ulasan:

  1. saya benci blogger yang mengejar duit semata2...

    last2 blog entah cam ape dah...

    paling xbest.. klu dok plagiat je

    BalasPadam
  2. betol..huhu..anon tak pernah dapat tapi blogging tetap blogging..huhu..setuju dngan bro framestone..yang plagiat lagi la..haihhhh

    BalasPadam
  3. bestnya dapat duit. hihihi...

    BalasPadam
  4. Ina... bulan ni anie tak dpt banyak BE... sebab sibuk dan jarang update blog... nak kena jadi mcm ina lah... rajin2 mengupdae blog...

    BalasPadam
  5. boleh la blanja org kulim,kan..:)

    BalasPadam
  6. yang penting minat kan kakina pas tu income datang dengan endiri, boleh ke macam tu?

    BalasPadam
  7. BE banyak dah jadi ME..caner nak dapat cam akak ni

    BalasPadam
  8. berblog untuk dapatkan ramai kawan dan mengeratkan silaturrahim... duit itu cuma sampingan dan sekadar suka2....dapat atau tudak itu blakang kira....

    BalasPadam
  9. berblog sekadar mencoret hidup sehari2..:) utk bisnes dan juga minat...rezeki dari NN ni kira passive income ler..tak mengharap sgt sebab sy pon tak ler aktif sgt mengejar trafik..tapoi if trafik naik, alhamdulillah..tq for the tips ye kak ina! :)

    BalasPadam
  10. seallu update pon tapi tak ramai UV :(

    BE tgh banyak running, tapi semua tak cecah RM 10...rezeki tu je...alhamdulillah

    BalasPadam
  11. salam kak

    wow!!BE pia paling mewah bwh rm10 hehe

    xper,syukur dan usaha lagi!

    BalasPadam
  12. heeh blog ajer lah kalau dapat syukur...sampingan jer!

    BalasPadam
  13. Saya baru semalam amaun nuffnang tu cecah ata RM50 setelah setahun lebih join nuffnang..huhu.

    Memang UV paling tinggi pun seratus lebih sikit je...tapi alhamdulillah..merasa juga boleh di cash out kan

    BalasPadam
  14. btol tu kak

    yong pon kena lebey rajin

    BalasPadam
  15. kagum dengan semangat kak ina
    all the best
    happy new year

    BalasPadam
  16. batul tu...! saya pernah sewa tapak iklan tp tgk kat stat tak ramai pun yg datang dr link depa... walaupun rata2 iklan cuma RM10, duit gak tuu... tapi tak kisahlah, takde rezeki nak sedut traffic dr situ...

    tapi bila kita tak continue iklan dia pun senyap tak datang blog kita, padahal masa iklan aritu elok jer visit ari2....
    Jom Join GA PILIH THEME BLOG

    BalasPadam
  17. Betul tu setuju.. saya pon baru je merasa dapat BE yang cecah ratus.. tapi tak metered lagi.. harap2 lama lah sikit dia duduk dalam tu. hehehe..

    kekadang kita kena pandang kehadapan .. jangan busuk hati dekat orang yang dah berjaya..

    betul kata akak.. nak senang bukan senangkan..

    BalasPadam
  18. yess... bila dapat BE sure kena pulun naikkan trafik...tapi hari2 kena enjoy update blog baru happy nak buat post entry....

    BalasPadam
  19. sayapun dah tak tahu camne nak jaga trafik kak ina.
    saya just buat apa yang termampu je.
    tapi ok lah daripada tak ada langsung kan.

    BalasPadam
  20. me cua ada satu BE jer running pd satu2 masa--tak de rezeki nak dpt BE bersusun mcm some blogs yg lain--even blog yg lagi kecik dari me (in ters of UV) pun dpt BE more than 5 pd satu2 masa--pdhal content blog sama jer--citer psl anak, family etc
    so far, boleh lah rezeki me dgn Nuff ni.. sbb me pun baru jer aktif berblogging ni..dulu2 cuma as personal diary, tak de tepek or join Nuff pun :)--UV blog me belum layak utk me join En Hijau :p :p

    BalasPadam
  21. wah byk k.ina dpt.. tahniah kak.. sy nih plak mcm suam2 kuku jer, trafik pun x byk.. tp, sy x kisah sbb yg penting dpt merapu.. hohoho.. even ntahhaperhaperntah.. huhuhu

    BalasPadam
  22. salam kak...huhuhuu, kekadang rasa cam tawar hati jer dgn nuff @ ai yg x pandai tarik trafik?..br rasa cam nak hepi dpt BE skali hampeh dah...trafik nak sampai 1k emm maaplah..x merasa...buat blog bukan pasal nak kejo duit, tp kalu bleh masyuk alhamdulillah...

    BalasPadam
  23. Betul tu kak, sekarang budak kecik pun dah ada blog. Celik2 IT belaka. Heh. :p

    BalasPadam
  24. kak ina
    suka baca tips ni kak ina.. rajin nak rajin2 update blog macam kak ina..

    ALL IN ONE

    BalasPadam
  25. buat blog bukan kerna nk dapat $$$..tapi utk bantu org...

    niat mau betul..hati mau baik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers