OOO

Isnin, Januari 17, 2011

Udang Masaalah


Jangan gosok mata...jangan kata akak salah taip...memang betul nama udang ni udang masaalah.

Huwaaa nangis kau bila kita masak tak jadi. Gara-gara ikut resepi kat dalam sebuah majallahlah ni.

Dahlah harga udang mahal pastu akak guna udang laut pulak tu. Nasib baik akak buat sikit ajer.

Nama masakan ni udang masalla, jadi kenalah guna rempah masalla, yogurt dan tomato. Bila dah siap, akak rasa macam pelik ajer. Pastu hidang dan akak rasa lagi, memang tak berapa sedaplah. Bila tanya anak-anak dan suami, mereka kata bolehlah.

Maknanya tak berapa sedaplah tu. Pastu tak habis makan, akak goreng balik udang tu.

Kadang-kadang bila beli majallah yang ada resepi yang cam best, naklah mencuba tapi rasanya macam serik gak. Tapi kalau tak mencuba tak boleh gakkan.

Dulu masa baru kawin dan duk kat Jay Bee lagi teruk. Dahlah gaji hb kecik, akak dah jadi suri rumah, kononnya naklah mencuba buat roti. Bila buat dan dah jadi..hasilnya mengecewakan. Roti tu keras kejang, kata suami kalau baling boleh pecah dinding. Rupanya kalau buat roti kena ada tepung khas, guna bread improver dan softner.

p/s Ada ker sesiapa yang pernah masak jadi macam ni. Ceritalah..boleh kita gelak dan nangis sama-sama.

14 ulasan:

  1. akak,

    sy pn byk kali jgk try resepi kt magazine, tp hasil dia sgtla mendukacitakn.sumtimes org yg share resepi tu xterangkn btul2 step by step n the exact bahan yg dia guna.

    BalasPadam
  2. setakat ni sy xpenah lg masak lauk ikut majalah..

    ala syg la udang mahal2 tu..sy paling suka sambal udang..mmg menjilat jarilah..huhu..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  3. hahaa, tu laa, kadang2 resepi yg sy baca mak aih nmpk senang, tapi tgk gaya hasilnya mmg nmpk menarik

    BalasPadam
  4. kalau akak tanya saya, rasanya leh gelak kat saya lagi byk kot...

    BalasPadam
  5. Resepi kat majalah tu tak seme betul. kalau bagi yang betul2 takut kita buat lagi sedap dari resepi asal..hehe..baik masak campak2 je kan akak. Ikut resepi kalau tak sedap tak berbaloi rasanya.

    BalasPadam
  6. sekurang2nya bila dah mencuba baru tau, bukan semua buku boleh pakai. Dan ke-2, baru tau mcm mana nak "ubahsuai" balik apa yang dah rosak, agar tidak membazir

    BalasPadam
  7. hehehe...teringat kisah saya kali pertama belajar buat kuih talam...punya ikut resepi sebijik....bila masak, keras sampai nak cungkil dari loyang pun tak terkeluar..... :D

    BalasPadam
  8. hmmm...masalah saya lak kalo try resipi susah nak ikut resipi bulat2. biasanya bolela buat isi perut. ada masa memang licin kuali padel kejekan :)

    saya dok areadekat ngan UKM. kat terminal kajang.

    BalasPadam
  9. pernah gak jd.. pastu sebab sayang kan.. so sendiri lah habiskan.. tu yg dok mbina badan jer... ;)

    BalasPadam
  10. mmg masaalah kak, sbb liza tak leh makan nasi...huhuhu.....

    BalasPadam
  11. kayrul dlu blaja la wat roti ikut resepi dlm tenet pastu dah siapkan...try mkn...sendiri confius...betul ke rase roti camnie...siap g beli roti kat luar sebab nak confirm kan rase roti....hhehehehe

    BalasPadam
  12. Salam Kak Ina,

    Saya pernah try masak kurang lebih sama dengan udang masala yang kak ina buat. tapi saya guna ayam, so dah jadi Butter Chicken Masala. I only use butter, tomato puree, plain yogurt/Nestle cream (lebih sedap guna cream), daun ketumbar, kiub ayam, cili hijau (kalau nak pedas), buah tomato, gula merah, jintan serbuk dan yg seeds (kalau kat Brunei kita panggil jintan putih). Hope this helps.

    kalau kat rumah saya, kadang tu masak juga butter masala guna crabstick, chicken balls, lamb, and prawns.

    Good Luck Kak Ina :-)

    BalasPadam
  13. sian kak ina...xpe la kak kalau tak cuba mana tau kan...dulu2 sy rajin juga tryresipi majalah,mmg mengecewakan,skrg ni cari je kat blog masakan mcm2 ada yg pastinya tidak mengecewakan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers