Pejam celik pejam celik , tak sangka dah genap 25 tahun kami bernikah. Sekejap ajer masa berlalu.
Alhamdulliah bahagianya rasa dihati sebab mendapat 5 orang cahayamata yang kadang-kadang mencabar keimanan untuk menjaga dan membesarkan mereka terutama 2 anak yang masih bersekolah.
Tipulah kalau kata tak pernah ada krisis dalam alam rumahtangga. Ada tapi taklah sampai menjerit , bertumbuk ataupun tangan naik ke badan dan berdoalah agar ianya tak akan terjadi kepada semua isteri-isteri.
DOA ISTERI
Ya Allah.. Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah… Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suamiku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,
Ya Allah… Ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku……. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Buat suamiku terima kasih sudi menerimaku, terima kasih sudi menyayangi diriku dan menerimaku seadanya.
Terima kasih kerana tidak melupakan tanggungjawab memberikan pelajaran, kasih sayang kepada kami semua.
Selamat Ulang Tahun Kak Ina KL...25 tahun? Wah,sama umur dengan saya...Semoga panjang umur,berbahagia selalu ,dimurahkan rezeki dan cpt2 dpt cucu...Aus dan daydeck dah menanti masuk meminang anak akak tu..hik3..
Happy aniversary kak.. tahniah sebab tak sangka akak dah 25 tahun kawin..tentu banyak cabaran dan dugaan yang akak dah lalui.. mau minta tips ni.. keluarga bahagia 25 tahun..
47 comments
Amin
semoga bertambah2 kebahagian utk rumah tangga akak
by Peri PiA on 5 Januari 2011 10:38 PG. #
amin...ssemoga rumahtangga korang sampai akhir nyawa...
by honey amour on 5 Januari 2011 10:38 PG. #
congratz kak ina.
mesti best dh cecah 25 year.
by Matjoe on 5 Januari 2011 10:39 PG. #
Assalamualaikum Kak Ina
Amin amin amin
moga Allah makbulkan doa2 kak tuu
serta bagia hingga ke Syurga
Wassalam
by Rozali on 5 Januari 2011 10:47 PG. #
alhamdulillah epY ennibersery ;)
by CahayaCintaIlahi on 5 Januari 2011 10:48 PG. #
tahniah... 25thn bukan masa yg sekejap.. semoga kebahagiaan bertambah dan kekal abadi aminnn
by aeinio on 5 Januari 2011 10:52 PG. #
selamat ulangtahun, kak ina
Jom Join GA PILIH THEME BLOG
by sw33tdarling on 5 Januari 2011 10:59 PG. #
amin..amin..semoga kak ina dan suami sentiasa gembira dan bahagia selalu..ehhee..
all da best kak..doa mia utk akk sekeluarga..
by mia on 5 Januari 2011 11:00 PG. #
happy anniversary kak ina dan suami.moga hubungan hati terikat hingga ke akhir hayat..
by amirah on 5 Januari 2011 11:03 PG. #
Selamat Ulang Tahun Kak Ina KL...25 tahun? Wah,sama umur dengan saya...Semoga panjang umur,berbahagia selalu ,dimurahkan rezeki dan cpt2 dpt cucu...Aus dan daydeck dah menanti masuk meminang anak akak tu..hik3..
by Eyriqazz on 5 Januari 2011 11:11 PG. #
amin..selamat ulang tahun perkahwinan kak ina..lama tu 25 tahun :)
by PuanBee on 5 Januari 2011 11:14 PG. #
Tahniah kak..wah dah kira jubli perak ker aper nie..hehe
by JAI on 5 Januari 2011 11:19 PG. #
terharu dan insaf sungguh rasanya...tsk..tsk..tsk..btw, SELAMAT ULANGTAHUN KAK INA, SEMOGA TERUS BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA...
by Watie Rose on 5 Januari 2011 11:30 PG. #
Selamat ulangtahun perkahwinan kak, semoga kekal dunia akhirat buat keduanya..
by Adnazthie on 5 Januari 2011 11:31 PG. #
Selamat ulang Tahun untuk Kak Ina..Ellen doakan semoga bahagia hingga ke akhirnya.
1st time masuk blog Kak Ina ni ...salam kenal yer dari ellen.
by Ellen on 5 Januari 2011 11:34 PG. #
Happy anniversary akak..tahniah dari Lisa..
by SURIA AMANDA on 5 Januari 2011 11:39 PG. #
hepi anniversary kak ina!! parents saya dah ke 31 tahun ni :-)
by Suliana on 5 Januari 2011 11:41 PG. #
Happy aniversary kak.. tahniah sebab tak sangka akak dah 25 tahun kawin..tentu banyak cabaran dan dugaan yang akak dah lalui.. mau minta tips ni.. keluarga bahagia 25 tahun..
semoga akak sekeluarga berbahagia dah sihat semuanya.. moga murah rezeki lagi
by Myvitrd on 5 Januari 2011 11:43 PG. #
hepi aniveseri kak... semoga perkahwinan kekal kesyurga,....
by Alimaz-Kembara Terasing on 5 Januari 2011 11:44 PG. #
tahniah kak..
selamat ulang tahun perkahwinan yg ke-25.. semoga aman bahagia di samping suami dan anak2 tercinta hingga akhir hayat.. AMIN..
by ManjaIxora on 5 Januari 2011 11:47 PG. #
salam kak ... syahdu entry akak kali ni..
zr doa kan moge makbul doa akak tu..semoga akak dgn abang akan kekal bahgia smp ke akhir hayattt
by fazilzura on 5 Januari 2011 11:57 PG. #
semoga lebih mantap hubungan suami isteri dan keluarga
by Sharinginfoz on 5 Januari 2011 12:03 PTG. #
tahniah kak.. semoga gembira sampai akhir hayat.. untuk semua ahli keluarga... ameeennn
by KiD on 5 Januari 2011 12:12 PTG. #
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 25 Kak (^_^)
Semoga akak & Abg akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa disamping family terchenta...amin..
by A.I on 5 Januari 2011 12:22 PTG. #
waaaa..selamat ulang tahun!! moga panjang umur dan kekal hingga ke syurga =)
by SayaAnonymous on 5 Januari 2011 12:25 PTG. #
tahniah kak ina... happy anniversary ..semoga bertambah bahagia
by munna on 5 Januari 2011 12:35 PTG. #
amin...tahniah akak...miss u...lama tak jumpe nih
by Aishah @ Ariffin @ Aqil on 5 Januari 2011 12:38 PTG. #
salam Kak Ina, lama tak jengok kak ina....happy anivesary, moga panjang umur, murah rezeki dan bahgia hingga akhirnya.
doakan juga untuk zana ye!
by ~~zAnAfAhMi~~ on 5 Januari 2011 12:39 PTG. #
Tahniah kak Ina,
Semoga akak sekeluarga berbahagia sehingga keakhir hayat.
by ima on 5 Januari 2011 12:48 PTG. #
Amin..semoga berkekalan & bahagia sentiasa hendaknya..dah 25 thn..byk ilmu boleh dirujuk ni..
by MamaYatie on 5 Januari 2011 12:55 PTG. #
aminn. :)
terharu sy baca doa tu kak. sb sy pon seorang isteri. :)
sy doakan yg terbaek utk kite kak. :)
by Haa Fakihah on 5 Januari 2011 12:58 PTG. #
Tahniah kak heppi anniversary yg ke 25 tahun.. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.. Amin
by Rinna on 5 Januari 2011 1:02 PTG. #
hepi anniversary yg ke 25 Kak Ina
by ::ienafazlyna:: on 5 Januari 2011 1:27 PTG. #
tahniah akak, semoga berkekalan & bahagia hingga ke akhir hayat.
wah....romantik gitu akakku
by eelobor on 5 Januari 2011 1:37 PTG. #
happy anniversary kak..!
semoga berkekalan hendaknya...aminn!!
by PUTUBAMBU on 5 Januari 2011 2:13 PTG. #
Congratz....happy anniversary....^^
by Car Loan Caculator on 5 Januari 2011 2:17 PTG. #
Amin...Amin...Amin...
Happy anniversary kak, semoga berbahagia hingga ke syurga..
by Yati Ali on 5 Januari 2011 3:50 PTG. #
selamat hari ulang tahun akak...semoga jodoh berkekalan dan aman bahagia sentiasa....amin
by shiori_LA on 5 Januari 2011 3:56 PTG. #
semoga kekal bahagia......amin
by PuaN su SU on 5 Januari 2011 4:09 PTG. #
Tahniah kak Ina,
semuga keluarga diberkati Allah.
by PINATBATE on 5 Januari 2011 4:15 PTG. #
happy anniversary kak...
semoga bahagia hingga ke syurga...
:)
by Tukang cerita on 5 Januari 2011 4:20 PTG. #
happy anniversary yg ke 25 kak ina...
by Mimiey.. (^-^) on 5 Januari 2011 4:31 PTG. #
happy anniversary k.ina.....moga bahagia selalu okeh!!!
by Amphenous on 5 Januari 2011 5:34 PTG. #
happy anniversary kak, moga kekal ke akhir hayat...amin....
by Liza on 5 Januari 2011 6:04 PTG. #
happy 25th anniversary utk kak ina :)
dh suku abad rupanya :)
me baru jer 6 th kawin kak :)
moga2 kak ina & hubby bahagia hingga hujung nyawa..Amiin
by Mama Zharfan on 5 Januari 2011 7:10 PTG. #
Tahniah kak. 25 tahun. Umur saya tu :p Moga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin.
by azlina aziz on 5 Januari 2011 11:39 PTG. #
salam...
selamat ulang tahun kak..semoga kekal berbahagia hingga ke syurga firdaus..amiinn.
by wati on 6 Januari 2011 9:44 PG. #
Catat Ulasan