7hb. February 2011
Ke LCCT Sepang pukul 12.30 tengahari. Sampai ke situ terus check in. Nasib baik tak terlebih berat beg yang kami bawa. Makan tengahari kat situ dan dalam pukul 2.30 petang terus masuk kedalam balai berlepas.
Kapal terbang meluncur ke udara dalam pukul 3.30 petang dan setelah 4 jam kami selamat sampai di Airport Bangalore. Setelah passport di chop oleh imigresen dan melepasi kastam kami cari driver yang datang dari davengere untuk naik pula kereta ke sana. Bila tenguk ada yang pegang kertas tertulis nama suami dan akak dah confirmlah beliau tu driver dari tempat Yana.
Kat air port lagi akak dah sms Yana bagitau kami dah tiba. Sms punya sms kredit habislah pulak. Sekali sms kena dekat RM2.00.
Setelah driver memuatkan 4 biji beg dalam pukul 6.30 petang waktu tempatan (2 1/2 jam lebih awal dari Malaysia) bermulalah pengembaraan selama lebih kurang 5 jam. Waktu malam tak ada yang boleh di lihat, 1 jam pertama ikut jalan kampung dan 4 jam melalui jalan tol.
Alhamdulliah driver cuma berhenti selama 5 minit sahaja dan selepas tu perjalanan lancar sehingga ke hadapan pintu hostel tempat pelajar Malaysia di tempatkan. Oleh sebab kredit dah habis suami akak minta tolong driver call Yana.
Sekarang ni Yana dah duduk di rumah sewa, kami tunggu kat situ dan tak sampai 5 minit Yana tiba nak tunjukkan jalan ke rumah beliau. Dalam pukul 11.00 malam kami selamat sampai kat rumah Yana.
Nasib baik Yana dah siap masak. Apa lagi...makan ajerlah.
3 beg penuh dengan makanan malaysia.
p/s maaf yer komen tak jawab. Penat. Jomlah join contest akak tu yer
26 comments
Ooo... penat sebab bercuti. hehehe! Bestnya bercuti sampai ke sana..
Akak napa tak aktif kan friend club.. jimat untuk berhubung... Myna masa Mr.A bertugas d somalia.. kami aktif kan friend club.. :-)
by Amyna on 16 Februari 2011 1:21 PTG. #
seronoknye pegi obesi.. :D
sy pegi bulan 5..lmbt lg..sob..sob..
by makdara TERdiva on 16 Februari 2011 1:26 PTG. #
oo mak aihh..jauh perjalanan yer..
yana study apa kat sana kak ina?
camner nak jumpe SRK,dia kan dtg M'sia...nak shooting Don 2 keke
by MamaYatie on 16 Februari 2011 1:32 PTG. #
best nya~
adik angkt yong pon dok bangalore
by alinac lover on 16 Februari 2011 1:52 PTG. #
jauh tu akak jalan...
best x kak..
nywat cookies kak ina dah sampai....sedap sgt..asben pon suka...
eT mkn skit2 syg takut abes cepat...hehe
by eT on 16 Februari 2011 1:52 PTG. #
ohhooo... hari pertama.. ada lagi 9 hari lagi nih.. yana masa lauk paer tu yea..? Kid masak pun sedap Bila Suami Masak Telur Dadar jadi Murtabak
by KiD on 16 Februari 2011 2:04 PTG. #
jauh tu berjalan ;)akak pegi taj mahal tak?
by Mama Zharfan on 16 Februari 2011 2:06 PTG. #
jauhnya kak ina berjalan... cuti2 luar malaysia ye... cantik gak rumah sewa tu...
by munna on 16 Februari 2011 2:09 PTG. #
salam kak..macam biasa nurul nak sponsar tudung sehelai untuk pemenang contest akak tu ye hehehe
by Cik Nurul Pinky on 16 Februari 2011 2:17 PTG. #
Asslamualaikum kak ina,
Suka melihat org ke destinasi negara luar. Harap ada lagi cerita selanjutnya dgn foto-foto yg menarik.
by Kakzakie on 16 Februari 2011 2:25 PTG. #
assalamualaikum auntie...
dh blk yer...best tak jln ke india??
nnti update citer yer..sy suka baca.. :)
by Cik Kz on 16 Februari 2011 2:44 PTG. #
Assalamualaikum Kak Ina
patut la menyepi
menziarah anak rupanya
Alhamdulullah
semua selamat yer
Wassalam
by Rozali on 16 Februari 2011 2:52 PTG. #
seronok ni pi jalan2 luar negara
by Sharinginfoz on 16 Februari 2011 2:58 PTG. #
salam kak.
seronok kan sesekali dapat berjalan jauh.tgok tmpt org.sure byk dapat pengalaman baru.
by Chempaka Aziz on 16 Februari 2011 4:04 PTG. #
ohooo..kak ina dh smp india rupanya (^_^)
by A.I on 16 Februari 2011 4:51 PTG. #
Dah terbang jauh rupanya ina...
by aNIe on 16 Februari 2011 5:13 PTG. #
best2..jgn lupa ole2..hehe
by - zuriey - on 16 Februari 2011 5:26 PTG. #
salam..
jauhnya jalan-jalan..
by hazlin on 16 Februari 2011 5:41 PTG. #
gambo yg last tu..cam kenal jer..ngehee..
byknya makanan bwk pi sana, 2 beg gitu..
happy holiday kak ina
by Adyshariz on 16 Februari 2011 10:04 PTG. #
tgh tggu criter shopping kak, byk ke menyopping
by Liza on 16 Februari 2011 10:32 PTG. #
wah! seronoknya..nak gambar lagi..lagi..dan lagi..;D
by PINATBATE on 16 Februari 2011 10:53 PTG. #
Salam.. Mesti Yana happy sangat sebab parents dtg menjenguk.. :)
by nba-Nur on 17 Februari 2011 5:23 PG. #
salam kak..berapa lama kak duk india ?
by liza on 17 Februari 2011 8:07 PG. #
beshnye kak ina.....g jln2...jaoh lak tue...
by fyna on 17 Februari 2011 10:25 PG. #
sesungguhnya LCCT itu memang dekat dengan tempat keje saya....
by hazman aka species1980 on 17 Februari 2011 11:06 PG. #
Seronoknya kak ina dpt lawat yana kat india..
nak tunggu entry seterusnya
by atty's on 18 Februari 2011 10:14 PG. #
Catat Ulasan