OOO

Selasa, Februari 08, 2011

RESEPI NUE NAM TOK@GRILL DAGING PEDAS


 Sedap makan daging camni.  Resepi asal dari member Myresepi. Nor yang duk kat Kuala Terengganu.  Buat pun masa Yana pulang bercuti.
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes-dah habis jadi tak letak
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
  • akak tambah 1 biji bawang holland-racik halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa.
  3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera.

p/s:Alhamdulillah Mak,Ayah dan Im dah sampai ke destinasi...

    14 ulasan:

    1. nyum nyum.... kenyang tengok.. tapi kenyang lagi kalau makan pizza Pizza Hut!!! Makan Ketawa dan Kongsi

      BalasPadam
    2. bagus resepi nie kak, sesuai utk diet liza

      BalasPadam
    3. salam kak,

      tghari tadi cookies dah sampai.
      rangupnya macam kfc.

      terima kasih banyak-banyak.

      BalasPadam
    4. kawe nok suruh kak ina buat review pasal nasik kak wok dekat kb nga kedai makan pohon getah kat kube kiye bulih?hahaha

      BalasPadam
    5. ala kak ina..kita tak rajin ler..tunggu ujung minggu terjah sini amik resepi..hehe..sedap je tgk

      BalasPadam
    6. sedapp niee..dulu pernah buat ikut resepi dr akak gak..:-)

      BalasPadam
    7. salam kak ..

      baru keje cz a week terkandas banjir kt segamat uhuhuhu

      ayok , dap nye menu tu kak .. leh try

      BalasPadam
    8. salam kak;
      dah balik dari berehat ke?ermm....selamat pergi selamat kembali kan...alhamdulillah.....

      BalasPadam
    9. menarik jugak..asyik duk goreng kicap/masak merah/ gulai jer..leh terai ni tq

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers