NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Isnin, Mac 21, 2011

Hobi Beli Pinggan Mangkuk, Periuk Belanga

Pernah terbaca di blog Eyriqazz yang buat N3 pasal isteri dia yang suka beli tapi tak pakai pun pinggan mangkuk dan tupperware. Cuma buat display kat gobok ataupun almari dapur.

Buat pengetahuan lelaki-lelaki dan suami-suami, memang ada separuh dari orang pempuan memang suka sesangat beli dan simpan benda-benda ni semua termasuklah akak. Cuba tenguk mak kita dulu-dulu pun camtu jugak kan. Arwah mil pun camtu jugak. Tapi bukan semua yer.

Akak nak cerita dari pengalaman akak yang telah berjaya mengumpul koleksi pinggan mangkuk dan periuk belanga. Cukuplah nak menampung kalau ada kenduri kecil-kecilan ataupun bila saudara mara datang terutama bila adik beradik hb yang berjumlah 12 orang dan anak buah beliau. Tak yah sibuk nak pening fikirkan mana nak pinjam bila dia orang datang.
Semasa baru kawin, akak duk rumah mak kat Kuala Lumpur sebab hb kerja di Jay Bee, jadi taklah beli apa-apa pun. Nak buat apa beli sebab kalau orang datang umah mak, guna ajerlah koleksi mak. Akak ada gak beli teko set arcopal dan mangkuk bertingkat tak ada jenama masa akak kerja di Kementerian Kesihatan.

Dah berhenti kerja dan berpindah ke Johor Bahru selepas Russhdi berumur 6 bulan lebih, akak bawaklah hadiah kawin seperti gelas, teko dan bermacam-macam lagilah perkakas makan minum ke sana. Mak ada gak bagi sikit pinggan mangkuk.

Masa duk kat situ memang tak beli apa-apa pun walaupun setiap bulan pergi ke Singapore. Bila dah sarat mengandungkan Firdaus akak cuma balik dengan Russhdi naik keretapi sebab nak bersalin kat sini. Senang sikit mak nak jaga bila dalam pantang nanti. Mak dan abah tunggu kat Stesyen Keretapi Kuala Lumpur.

Alhamdulliah masa tunggu due date, hb akak dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kenalah sewa lori dan angkut barang kat Jay Bee tapi akak tak larat nak ikut cuma hb dan driver lori ajer. Kat sana yang tolong angkat barang cuma hb, 2 orang adik hb dan sepupu akak kat Skudai yang tolong angkut barang kat tingkat 2 di Tampoi.

Masa duk kat Jay Bee ada 2 orang adik ipar yang tumpang kat rumah akak. Suami akak pun tinggalkan barang makan minum kat mereka cuma angkut barang yang perlu ajer. Barang dalam bilik akak, kerusi kat depan dan pinggan mangkuk hb tinggal sebab adik beradik dia nak guna. Nanti kalau ada rezeki beli lagi kat Kuala Lumpur.

Kami menyewa di Taman Melati selepas akak habis pantang selepas bersalinkan Firdaus. Beli pinggan mangkuk baru kat Chow Kit termasuklah batu tumbuk. Pakai ajer pinggan mangkuk yang tak ada jenama. Janji boleh makan dan minum, lagipun kedudukan kewangan ketat sikit sebab hb kerja seorang pastu anak dah 3 orang.

Lepas dah ada Yana kami pindah ke Flat Gombak Setia sebab dekat dengan rumah mak, jadi senanglah mak dan abah tenguk cucu. Kat situlah akak mula membeli pinggan mangkuk berjenama secara berhutang dengan jiran kat tingkat bawah. Pertama kali beli kuali dan periuk arcopal yang berbunga kecil. Bayar ansuran sebab kalau beli tunai mana mampu..bayar pun guna lebihan duit dapur.

Tapi tak pakai pun cuma simpan dalam gerobok dengan alasan sayang..takut pecah nanti susah nak beli lagi. Bukan senang tau nak dapat masa tu...sebab arcopal kira jenama fololur pada tahun 90...an..harga pun boleh tahan.

Ada gak akak beli arcopal warna hitam kat Kedai Bebas Cukai kat Bukit Kayu Hitam masa first time gi jejalan ke Pulau Pinang dan Langkawi...tapi sayang semua dah tak ada..dah pecah sebab di gunakan.

Akak mula kerja balik tahun 1993 setelah berhenti pada pertengahan tahun 1987. Oleh sebab dah ada duit sendiri akak beli tunai periuk vision warna coklat 3 tingkat dan satu periuk kaca bertangkai jenama yang sama di Pertama Kompleks. Masa tu ada sales. Periuk vision memang akak guna buat masak hari-hari. Berbaloi sebab sampai sekarang masih ada lagi periuk tu.

Lepas tu akak jatuh cinta dengan tupperware tapi taklah beli banyak pun. Cukuplah untuk pakai ajer tapi sekarang ni stok dah tinggal sikit sebab anak-anak kalau bawak ke asrama ataupun ke sekolah selalu tinggal ataupun hilang.

Pergi lagi sekali ke Langkawi sebab ada family day office hb..dah sampai kat sana akak beli pulak Queen Anne 2 ketui bentuk bujur dan beli gak masa sales...tu ajer yang ada sampai sekarang. Pernah gak guna tapi cam leceh sebab kena gilap selalu.

Sekali lagi akak ke Langkawi sebab bawa bapa mertua nak tenguk rumah anak lelaki dia yang pindah ke sana. Akak beli lagi mangkuk arcopal dan beli tefal ajer.

Lepas tu buat hutang lagi beli set pinggan mangkuk arcopal yang ada jualan istimewa kat member hb...bayar ansuran 10 kali..dah lama dah 4 tahun yang lepas kot dengan alasan rasa sayang nak keluar duit selepuk. Tu pun banyak yang dah sompek dan pecah sebab buat pakai harian. Yang tinggal satu set ajer rasanya.
Masa abah akak jadi dealer Syarikat Menang, beli pulak ansuran dengan abah akak dan yang paling fofolur dulu pinggan mangkuk set melamie...dek sebab guna hari-hari bunga kat pinggan tanggal. Pastu heboh tak leh guna terus akak buang semuanya. Pernah beli pinggan mangkuk warna merah tapi boleh di katakan banyak yang pecah sebab tak tahan. Baki yang tak pecah akak bagi mak. Kalau Tefal atau pun non stick pan akak suka beli masa JJ Member Sales.

Kalau nak beli gelas pulak akak suka beli masa Giacomo buat jualan murah kat Batu Caves..memang murah sungguh..macam biasa banyak yang pecah sebab ada anak kan...biasalah tu.

Masa ikut abah dan mak gi ke Kelantan beli stok kain baju untuk jualan hutang, selalulah ke Rantau Panjang dan dah tentulah ada gak beli tapi beli set teko ataupun jug dan gelas jenis lumarinac.

Ada yang akak pakai..ada gak yang dalam kotak sehinggalah berpindah ke rumah sendiri. Barulah akak guna dan sejak tu akak jarang beli lagi. Lepas tu beli ikut keperluan sebab anak-anak ashik pecahkan dan rosakkan non stick pan..habis rosak sebab mereka guna sudip besi bila goreng telur, hotdog ataupun burger. Elok gak pecah dan rosak sebab ada alasan beli baru.

Masa duk kat Jakarta memang tak pernah beli lagi. Beli vision berbunga kat atas tu masa gi ke Langkawi 2 tahun lepas dan beli pyrex yang akak guna bila nak bakar ayam. Tahun lepas ada gak beli Tefal itupun masa sales.

Last sekali berhutang pinggan mangkuk tahun lepas beli vintage 2 set sebab hb dia kerja tentera dan harganya memang murah sungguh. Masalahnya anak-anak kata pinggan vantage ni berat ek terutama bila Imran nak bawa masuk ke sink lepas makan.

Masa gi Kelantan tahun lepas akak cuma beli jug dan mangkuk kristal. Malas dah nak beli hutang sebab rasa dah mampu nak beli tunai tapi tak boleh di layan sangat nafsu ni kan.

Panjang ek cerita tentang pinggan mangkuk ni. Tak habis-habis satu hari satu malam. Orang pempuan hobi camni..orang lelaki pulak berhabis duit cantikkan kereta, pasang speaker ataupun sport rim ataupun habiskan duit beli rokok.

Erhmmm ada ker yang suka beli pinggan mangkuk cam akak ni.

24 ulasan:

  1. hehe..biasalah orang pompuan..saya pun cam gitu..cuma yang penting jangan lah sampai berhutang piutang sudah.. ye tak..

    BalasPadam
  2. dah minat,belum kumpul hehe

    BalasPadam
  3. salam ..panjang dan menarik ceritanya, dulu2 sy pun bayar ansur beli set arcopal..tp sjk sepuluh tahun ni suka PML, beli dan tayang aje hihi nasib baik tak de ansuran

    BalasPadam
  4. stabdard lar kak.. mak saya pun sama.. skang dia sebuk beli dish.. katanya senang nk kenduri nnti.. maklum lar anak2 dah besar.. Stock pinggan jgn cAkap lar.. dah lepas klu kenduri 100 org mkn.. huhuhu

    BalasPadam
  5. samalah akak..sy pun suka gak beli tp yg murah2 jer...sampai skrang pun ada lagi hutang, abih tu member asiktayang buku baru jer, guna nya tak pun...sayanggggg....hehehehe

    BalasPadam
  6. hehehe...yang mahal display jer...yang murah gak digunakan seharian... :D

    BalasPadam
  7. hobi kaum hawa nie, saya mula belajar menerima beberapa puluhan tahun yang lepas iaitu bilamana mama saya juga mempunyai hobi ini. pernah gak tanya masa kecik, malahan siap tanya lagi, kenapa di gunakan setahun sekali jer itupun masa nak raya (yang comey2 utk raya jer).

    selepas itu, barulah faham akan maksud hobi ini.....sangat susah untuk di ulas

    BalasPadam
  8. beshh baca entry ni ;)
    me suka beli corelle ajer sbb canti, ringan, tahan ;)

    BalasPadam
  9. salam kak. ella pun suka beli tp skrg ni kena 'brake' sikit sbb tak da tempat nak simpan. hihi

    BalasPadam
  10. beli benda berguna tak pe kak ina. kegunaannya ada juga nanti.
    ;)

    BalasPadam
  11. mak saya pun camtu... berpuluh2 set pinggan mangkuk dia simpan.. alasannya, kalau kenduri senang, takyah meminjam..
    pastu dia kata, kalau mak mati, korang bahagi2 la pinggan mangkuk tu.. isk isk

    BalasPadam
  12. kak ina
    org pompuan mmg gitukan
    kalau mak nor pulak syg nk guna hihihi

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kak Ina

    beli untuk keluarga tak pa..

    Wassalam

    BalasPadam
  14. saya pun suka kat pinggan mangkuk tp nak collect tak boleh lagi takde tmpat nak letak

    BalasPadam
  15. makan dlm pinggan cantik,tambah selera sikit,kak ina...mumme suka tgk pinggan2 cantik...

    BalasPadam
  16. tgk pinggan cantik2 mcm gerammm je kan kak ina

    BalasPadam
  17. Assalam kak ina..
    N pun suka beli jugak dr anak dara mula dgn arcopal la kan..ada lg sampai skrg..yg best tu hubby pun pernah beli set kak CORELLE...siap set semua ada periuk pinggan mangkuk cawan teko..N guna periuk dia tuk masak (kaca)..sampai skrg ada lg kak..dah 23 tahun tu..tahan..dan skrg ni minat PML la kak kan..hehehe..dan N mmg masak guna vision..umah x de periuk cap buaya pun (bukan eksen kak tapi mmg x de)..kuali pun sama beli time JJ members sale kan kak..berbaloi gak la..tapi mmg x ley pisah la kak org pompuan dgn pingan mangkuk..nak citer pun pjg mcm akak ni..hehe

    BalasPadam
  18. mmg btui... beli pinggan mangkuk n periuk belanga neh adalah terap bg wanita even x pakai sgt... dh azali kita neh mcm tuh.. so kalo ader keluaran terbaru kenerlah kontrol napsu...ehehehhe

    BalasPadam
  19. kat on9 shop kite pun ada jual set corelle ni kak ina.hehehehe. tp yang ini dr Amerika. jemput masuk if mahu

    http://lizarazak.sinarmall.com/index.php?dispatch=categories.view&category_id=177

    BalasPadam
  20. Salam Kak Ina... best bace n3 akak ni... saya pun salah sorang yang suke kumpul pingga mangkuk... terutamanye corelle.. kalau gi langkawi apa lagi.. borong la.. skrg ni dok kirim ngan anak sedara yg sdg blaja di australia.. murah!!! baru2 ni gi pdg besaq.. borong periuk pulak... heheheh.. husband tak leh nak kata apa..

    BalasPadam
  21. guna periuk Vision memang berbaloi kan kak..

    BalasPadam
  22. Saya pun suka beli pinggan mangkuk bila berkenan dan murah.bila tetamu datang tak lahsusah nak cari

    BalasPadam
  23. Hehe..cerita pinggan mangkuk mmg nostalgia..ms sy mula keja ikut hb posting trgnu.tup2 pengarah tpt keja suami dtg rumah sekuarga...aduhai..set cawan pn x ada...berpusing2 pk kt dapur..cawan ada 3 jer...gelas ada 4 jer..yg dtg 6.termasuk hb...7..lps insiden ari tu..saya membeli jer set2 pinggan mangkuk tp sume berjenama blh thn la..corelle corning vision cristal arcopal luminarc pyrex queen anne..bkn apa dah termalu sekali jd pengajaran..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...