OOO

Jumaat, Mac 25, 2011

Kecoh Ek Pasal Kluang Rail Coffee Tak Halal

Memang tak pernah ke sini pun walaupun pernah ke Kluang.

Baca jangan tak baca...tengah jadi isu hangat sekarang ni.

This is not my article..syabas Saudara Hazrey kerana inisiatif beliau menghubungi pemilik Kluang Rail Coffee!Aku copy & paste dari sini yeah:
Lanjutan dari entry terdahulu, it is only right that the report on the issue is impartial, maka I took the liberty to call the owner of Kluang Railway Coffee himself malam tadi.

Sejak 1938, mereka sudah berniaga di stesen keretapi daerah Kluang dan rata rata majoriti pelanggannya adalah umat Islam.

Penyebaran maklumat mengenai wujudnya kandungan babi dalam kopi mereka turut memberi impak kepada bisnes kopitiam itu apabila berlaku penurunan jumlah pelanggan beragama Islam malah pemiliknya yang aku hubungi jelas menggambarkan kekecewaannya.

"We have been in business for 73 years, and it is stupid for us if we were to add such prohibited element to our coffee.

"It will be a huge disrespect to our Muslim customers who have been our patrons eversince," katanya.

Dia turut menerima sms mengenai desas desus itu malah turut bergegas ke Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dan laporan analisa sebagaimana yang didakwa.

Menurutnya, 95 peratus pekerjanya beragama Islam dan begitu juga dengan tukang masak mereka.

Ketika berada di Jabatan Agama Islam Johor bagi mendapatkan kepastian dua hari lalu, pemilik kopitiam itu bagaimanapun gagal memperolehi keputusan analisa yang dikatakan sudah dihantar Jabatan Kimia kepada jabatan itu.

Dan hari ini (Jumaat) pemilik kopitiam itu dijangka bertemu dengan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan apa jua hasil perbincangan itu, dijangka dapat membuka jalan kepada penyelesaian isu ini.

"It is unfair for us. Kami sudah dihukum (melalui penyebaran di laman sosial) biarpun kami tidak mengetahui sebarang maklumat keputusan analisa itu untuk kami melakukan satu tindakan segera. Kami tidak boleh bertindak berpandukan apa yang diperkatakan di laman sosial semata mata tetapi ia sudah menghukum kami.


"Kami sentiasa prihatin terhadap apa jua kandungan yang digunakan dalam penyediaan makanan serta minuman untuk pelanggan memandangkan majoriti yang mengunjungi kafe kami beragama Islam.
"Kami bukan ahli kimia dan ia berkemungkinan dari bekalan yang kami terima dari pihak ketiga namun apapun, kami perlu melihat keputusan analisa itu untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Pemilik itu yang fasih mengenai tuntutan Islam melalui perbualan telefon itu tidak menolak kemungkinan untuk melakukan samak dengan segera jika benar terdapat kandungan haiwan yang diharamkan Islam. Beberapa pakar perundingan proses halal sudahpun dihubungi malam tadi bagi bersiap sedia jika keputusan yang diperolehi tidak menyebelahi mereka.

Dia yang masih terkejut dengan perkembangan itu turut berkata, jika benar terdapat kandungan seumpama itu, dia merasa amat kesal kerana dia turut menjadi mangsa kepada pihak ketiga yang membekalnya bahan yang mengandungi gelatin haiwan itu.


Dia juga tidak menolak kemungkinan untuk memberikan penjelasan rasmi melalui media sebaik bertemu dengan pegawai Jaij dan pakar perunding Halal nanti.

Aku sempat berbual dengan Ustaz Azhar Abdullah mengenai isu ini dan dia memberikan satu persoalan yang boleh diperbincangkan antara najis (impure) dan taahir (pure). It is the question of the fiqh principle of Istihala. (wallahualam).

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water and evaporating the solution. It melts when water is added and dissolves in hot water to form a solution that sets to a gel on cooling."

Apapun, kita perlu menunggu apakah hasil perbincangan antara pemilik premis itu dan pegawai Jaij hari ini (jumaat).


Dan kita, perlu menunggu jawapan dari kedua pihak. Jabatan Agama Islam Johor dan pemilik kafe terkenal itu.
Terima kasih yer Catlina

14 ulasan:

  1. Salan ina..akk peminat kopi n kaya kluang, dlm peti tu pulak ada lg bekalan..memang kecewa klu benar, selalu pula analisa belum sahih dah kecoh, kesihan pada pemilik smg kita semua dalam perlindungan Allah

    BalasPadam
  2. salam Kak Ina..
    haritu pun ada kecoh juge.. harap dapat update tentang ni lagi ye.. nanti nak share entry ni.. izinkan..

    JOM KE: ALL IN ONE

    BalasPadam
  3. senang citer, tempat yg tak de tanda halal jakim lebih2 lg kalau milik non muslim better tak pyh mkn kan..sbb kat msia byk choice tempat mkn merata2

    BalasPadam
  4. adeh saya ni peminat roti kluang rail cofee dah banyak kali gak g makan sana tiap kali trn kluang mesti singgah sini

    BalasPadam
  5. akak, hometown sy kluang tu.. agak terkejut dan kecewa dgn isu ini.. rasa tertipu.faveret kami tu.. pasni blk kluang, nk mkn kt mana plak kopi dan roti sedap...

    BalasPadam
  6. akak, hometown sy kluang tu.. agak terkejut dan kecewa dgn isu ini.. rasa tertipu.faveret kami tu.. pasni blk kluang, nk mkn kt mana plak kopi dan roti sedap...

    BalasPadam
  7. Salam.. Nur terkejut sangat bila membaca berita ni.. Rasanya lepas ni tak ramai la orang yg nak pergi makan ke kedai tu.. Penjelasan dan siasatan harap dapat disegerakan.

    BalasPadam
  8. Kak Ina, bestnya akak dapat gi kerja kawin, Dapat makan nasi minyak. Ermm dapat berkat apa tu? hehehe

    BalasPadam
  9. nak kata baik x mkn dkt restoran yg pemiliknya non-muslim susah gaks psl kalo dh kt situ turun temurun jd tmpt wajib menjamu selera n pekerja2nya pon Islam payah gaks. kt klate byk yg mcm neh, tokey cina tp pekerja Islam....tp, kalo dah terbukti bhn2 yg digunakan itu haram maka wajiblah kita menjauhinyer... tqvm k ina 4 the sharing...

    BalasPadam
  10. dah bertahun2 baru dapat tau ade gelatin babi..patut le depa duk hirup sedap....skng ni HALAL itu sgt penting bagi pemakanan orang islam...kene jage2...

    BalasPadam
  11. nampaknya kena lebih hati2x la bila minum kt kopitiam nie.....

    BalasPadam
  12. tertanya2 juga kopitiam mana, bila baca di metro pasal cite ni,...

    BalasPadam
  13. saya tak pernah lagi ke sana memandangkan saya d kk.Tapi adik ipar saya blajar kat UTM Sekudai.Tak tau la klu dia pernah ke sana..tapi kluang tu jauh kot dari sekudai. isu halal dan haram ini amat penting di kalangan umat islam.Baik buruk sesuatu perkara itu haruslah kita nilai dengan sebaik-baiknya.

    BalasPadam
  14. Just called Jabatan Agama Islam Kluang today and they confirmed that Kluang Rail Coffee had been using pig's gelatin and alcohol in their food all this while! To muslim brothers and sisters please be aware!! Mencari yang halal itu satu kewajipan.. kalau dah tahu tempat-tempat macam ni tak payah lah pergi.. banyak lagi kedai umat islam yang ada.. selama ini umat islam asyik tertipu aje ...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers