OOO

Khamis, Mac 24, 2011

Kerepek China Arrowhead


Jumpa buah arrowhead ataupun di kenali dengan nama Nga Ku ni masa tahun baru china yang lepas. Sebelum pernah nampak tapi buat derk ajer sebab yang selalu beli orang cina ajer. Bila tenguk ada member blog yang beli dan buat kerepek, teringinlah nak merasanya.
Nilah rupanya arrowhead ni..lupa nak ambil gambar..akak ambil kat googles ajer.
Kalau nak buat kerepek baik pilih yang besar sebab senang nak menghirisnya. Kalau ada tempat penghiris tu pun bagus gak. Lagi cepat kerjanya. Akak ambil cara nak nak buat dari blog Mamasya.

Bahan-bahan
  • Beberapa biji China Arrow Head - (akak beli dalam RM2.00 lebih)
  • ~ dikupas kulit nipisnyanya dan dibersihkan kemudian disagat.
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng
  • Air garam ( 1 cawan air campur dengan 1 sudu teh garam )
Caranya
1. Sama dengan menggoreng kerepek pisang. Masukan kepingan ubi satu persatu ke dalam minyak yang panas, tujuannya agar dia tidak melekat di antara satu sama lain.
2. Renjiskan sedikit air garam kunyit ke dalam kuali tadi.
3. Selalu-selalu disudip agar masak sekata.
4. Setelah kekuningan angkat dan toskan.

Makan panas-panas memang sedap.

11 ulasan:

  1. hehehe
    saya tau pon dari kwn blogger
    tu yg try buat
    sdap kan kak

    BalasPadam
  2. rase camne kak?
    cam kepek ubi kah??

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    tak pernah rasa lagi

    Wassalam

    BalasPadam
  4. nampak mcm sedap je ...kalau dpt rasa lagi sedap...

    BalasPadam
  5. salam kak ina .. ella bab buat2 kerepek ni malas .. tang makan laju. nak sikit kakkkkkk .. hihi

    BalasPadam
  6. kak ina,maceh yer dtg jenguk,coklat tu asma guna jenama beryls.dulu murah sikit,skrg dah naik harga..kata nya kalau nak dapat murah gi kat lembaga koko msia kat bangi..seksyen 13..tapi asma tak pernah gie lagi...tunggu fulus penuh..

    BalasPadam
  7. penah buat gak
    sedap kan
    lagi sedap drp potato chips hehe

    BalasPadam
  8. Dekat nak raya cina hari tu mmg kenduri kerepek arrowhead ni. Buah ni boleh dapat setahun sekali saja -musim org cina sambut raya saja boleh dpt. Sedap gak rasa lebih kurang mcm kerepek kentang .

    BalasPadam
  9. Salam K.Ina

    Anak2 sy cukup suka kerepek ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...