NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Rabu, Mac 16, 2011

Resepi Fish And Chip

Dah lama tak buat fish and chip ni. Gi kat Jaya Jusco AU2 ternampak ikan dory kat bahagian dingin beku. Terus beli sebab ikan dory kat situ sedap sikit nak buat fish and chip lagipun breadcrumbs pun ada stok kat umah.


Buat minggu lepas sebab kadang-kadang bosan makan nasi. Akak buat gak coleslaw dan panaskan kacang panggang dalam tin. Mestilah ada cili sos nak makan ubi kentang goreng tu.


Resei ni akak ambil dari blog mamafami.blogspot.com dan beliau ambil dari buku Kak Liza. Akak tambah telur masa nak letak breadcrumbs.

BAHAN - BAHANNYA A :
2 keping ikan Dory
1 sudu teh jus lemon-akak guna jus limau kasturi ajer
1 sudu teh serbuk lada sulah-guna serbuk lada hitam
1 biji telur-dipukul sedikit-akak tambah
200g kentang goreng
1 cawan tepung serbaguna berempah-akak guna tepung jagung
1/2 cawan serbuk roti
1/2 cawan minyak masak

Akak tambah :
1 tin kacang panggang -ayam brands
1 biji bawang putih-cincang
1/2 biji bawang besar-cincang
sedikit minyak zaitun/minyak sayuran

Cara
1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Tuangkan kacang dan tambah sedikit air.
3. Setelah mendidih angkat.

KAEDAH PENYEDIAAN -
1. Goreng jejari kentang hingga kuning keemasan.
2. Sapukan serbuk lada sulah pada permukaan ikan.
3. Tuangkan jus lemon pada ikan dan ratakan pada seluruh permukaan ikan.
4. Lumurkan tepung jagung dan celup telur.
5. Sapukan ikan dengan serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning keemasan. Guna api yang sederhana.
6. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.


Coleslaw pulak akak gunakan kobis kecil ajer sebab lobak tak ada stok dlm rumah. Malas nak gi ke kedai.

Cara
1. Hiris 1/4 kobis, basuh dan toskan.
2. Ambil 3 sudu besar mayonis, campurkan sedikit gula dan lada hitam.
3. Campurkan ke dalam kobis dan sejukkan.

11 ulasan:

  1. menarik..tertarik laaaaaaaa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    jemu2 makan nasi, resepi ni jadi pilihan

    Wassalam

    BalasPadam
  3. kalau guna ikan lain selain ikan dory ok x?

    BalasPadam
  4. Oh, Saya suka ni. Maklumlah, omputih. HAHAHAHA :D

    BalasPadam
  5. sy ni mkn fish and chip, sayur tolak tepi... hi hi hi

    BalasPadam
  6. yummy. selalu kalau pergi kedai makan western, mesti order black pepper steak je. tapi ini pon sodappp

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...