OOO

Khamis, April 14, 2011

Ayam Gulai Kawah dan Nasi Hujan Panas

 
Banyak betul rempah ros buatan terengganu kat umah akak ni.  Ada yang kak liza bagi dan ada yang akak beli masa cuti-cuti malaysia ke pantai timur.  Demi nak menghabiskan rempah ros akak buatlah gulai kawah ni.

Akak ambil resepi dari Fotopages Kak Hanieliza.  Pernah gak buat sekali tapi guna daging.

Bahan:-
  • 1  ekor ayam -potong 12 bersihkan dan tos
  • 2 s/b kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 s/b gula merah/perang [brown sugar]-akak guna gula kabung
  • 2 keping asam keping
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • Akak tambah-2 biji ubi kentang di belah 4 dan 2 biji cili hidup belah 2
Bahan Mesin:-
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 s/b rempah kari daging
  • 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
  • 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
  • 7 ulasa bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
Bahan tumis:-
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
    akak tambah : 1 biji bawang besar,1 biji bawang putih di hiris halus
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hirisan dulu baru di masuk  bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan ayam dan ubi kentang kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. Kacau sekali sekala.
5. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
6. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

 Makan dengan nasi hujan panas..

Bahan:-
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.-akak gunakan beras basmathi rebus
4 1/2cawan air
1-2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan-disiat dan di ikat
akak gunakan warna hijau, merah dan oren-suka hatilah nak letak warna apa

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris lebar-lebar bersama kulit
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak-guna minyak jagung
1 sudu besar minyak sapi-
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
  2. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
  3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
  4. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. 
  5. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. 
  6. Masukkan dan hiaskan  dengan bawang goreng bila menghidang.

20 ulasan:

  1. kenapa nasik ujan panas ni kena makn dgn lauk2 gulai kawah?!
    huhu..
    jakun sikit masa pegi kenduri..
    nasik ni makan dengan gulai kawah.
    tpi gulai kawah ayam ni lembut tak?!
    n lagi satu..
    nasik tu mcm nasi mandhi ker yg akak buat ni.
    tgk beras dia panjang2..

    BalasPadam
  2. saya ni tidak pernah faham nape nama lauk tu gulai kawah. ingatkan sebab masak dalam kawah besar. rupanya sebab rempah-rempahnya ye kak.

    BalasPadam
  3. Salam Kak,singgah pertama kali ni.

    Sya pun ada beli rempah ros ni kat terengganu. haritu cuba masak gulai tongkol utk nasi dagang.tapi kejadiannya tak berapa sedap.huhu

    BalasPadam
  4. sedapnya tengok..
    tumpang lunch sini boleh kak..he..he..

    BalasPadam
  5. rempah ros ni camne kak?macam rempah kurma ke?

    BalasPadam
  6. makan panas2 lagi sedooopp

    BalasPadam
  7. Perggghhh akak nih buat saja kecur betullah!!!
    Siap ada nasi hujan panas lagi tuh!
    Dulu ngeri nak makan sebab kalerful now ngidam sudah :)

    PojiePooh; Hanya Satu...

    BalasPadam
  8. kak...panjangnya beras tu...kalau ada acar timun + nenas best jugak kan..

    BalasPadam
  9. aduh sedap nye
    ni g kenduri kawan
    br dapat mrasa

    BalasPadam
  10. salam kak ina...sedapnya gulai kawah, nanti mintak semangkuk wat berbuka ptg nie..hihihi!!! :)

    BalasPadam
  11. meleleh air liur kak oiii..sodapnyer..bila leh rasa masakan akk nih..heheheh

    BalasPadam
  12. Nampak pekat dan menyelerakan gulai kawah tu...

    BalasPadam
  13. wahhh malam2 tgk makanan lapor pulak..

    BalasPadam
  14. x pandai buat....pandai mkn je....:)

    BalasPadam
  15. sedapnya kak ina..tak pandai nak masak..huhu

    BalasPadam
  16. akak antara saya semangkuk. lapar pulak tengok gambar nasi dan gulai ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers