OOO

Sabtu, April 16, 2011

Best Ker Ikan Bakar Ni?

ikan pari dan ikan terubuk yang tengah di bakar
Dari dulu lagi akak dah dengar orang bercerita tentang kesedapan ikan bakar kat Jalan Bellamy ni.  Tapi tekak ni masih tak teringin lagi nak ke situ. 2 minggu lepas lepas hantar kukis kat customer di JAWI akak teringat janji dengan pembaca blog akak. 

Nak belanja beliau makan sebab sudi join contest akak dan pemenang contest akak tahun lepas.  Tak tertunai janji dari hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.
Kebetulan Mas pula   berkerja di area Jalan Bellamy ni..apalagi akak ajak dia makan kat sini.  Nak cari jalan ni bagi akak payah sikit sebab akak berpusing sampai 2 kali sebab tersasar nak masuk ke jalan ni. Sampai sesat ke kawasan seram tau..tempat perkuburan orang China..dah jalan tu sunyi sepi dan jalan mati.

Akak jumpa gak seorang lagi pembaca blog akak, Kella yang bekerja satu tempat dengan Mas..tapi dia tak boleh join sebab ada hal.


Ada 4 deretan kedai ikan bakar yang betul-betul terletak di belakang Istana Negara, Kuala Lumpur. Mas rekomen makan kat kedai yang mula-mula sekali..kalau tak silap akak ada tulis Melaka.  

Nasib baik kami sampai awal jadi senang sikit nak parking.  Mas kata kalau tiba pukul 12.00 tengahari ke atas memang packed tempat ni..nak parking pun susah.
Ada gak di jual makanan yang lain.  Agak lama gak kami lepak kat sini. Biasalah kan kalau orang pempuan dah jumpa.  Yang tak boleh belah sebab ashik terbersin bila mereka tuang sambal kat atas ikan.
ikan pari dan ikan terubuk yang siap di bakar
 Kedai ikan bakar ni buka sampai malam.  Tapi kan pada pendapat akak, bakar pakai  arang lagi kaw kaw ek rasanya.  Ni mereka bakar atas besi cam orang buat roti canai tu. Nasib baik ada daun pisang..ada gak bau ikan bakar.

Tak nak rekomen kedai yang mana best sebab baru rasa 1 kedai..nanti kalau terjah kat sini lagi nak rasa kedai ke 2, 3 dan ke empat.

Alamatnya ..

Jalan Bellamy,
Bukit Petaling,
50480, Kuala Lumpur.
 Akak bawak balik gak ikan bakar ni bagi suami dan anak rasa. Mereka kata..ermmm biasa ajer..sabar ajerlah kan..ikut tekak masing-masing sebenarnya. 
 Akak ambil satu ikan pari (harga ikut besar kecil), 1 ikan cencaru, 2 ekor ikan keli, nasi 2 pinggan, kuah sikit, sayur dan 2 air semuanya RM37.00.  Murah ker mahal?

19 ulasan:

  1. sedapnya....
    terliur tgk...

    salam ukhuwah dri aza...

    BalasPadam
  2. rasanya kalau kat pasar ramadhan, harga ikan bakar lagi mahal.. kembong sekor pun rm6.00...

    sedap tak kak makanan kat situ?

    BalasPadam
  3. memang terbaikk!!! sebab member cakap kat situ sedap..
    Bila Suami Pergi Pasar Sorang-sorang

    BalasPadam
  4. Sedapnya ikan bakar.

    Baru tahu ada ikan bakar kat belakang istana negara. Orang2 istana selalu pergi ke tempat ni?

    Thanks for sharing... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 bulan puasa tahun ne buka tak

      Padam
  5. hurmmm.... lepas nie boleh la ajak adik saya belanja makan kat situ...

    BalasPadam
  6. Salam kak Ina, Sihat?nak temph barang antikkah ngan saya? hehehe

    Ada satu kedai kat teras jernang, Bangi jual ikan bakar gak. spesel kat situ ikan bakar portugis. mmg marbeles :)

    BalasPadam
  7. biasa gk dgr. tapi x penah pg pon. btul tu kak.. kalau bakar pakai arang ngan jaring mesti lg sedap..biasa buat kat rumah mcm tu.. tapi harga tu bkh tahan gak kak

    BalasPadam
  8. jauh. gi malim je kalau nak layan ikan bakar camtu

    BalasPadam
  9. fuhhh pari bakar, saya pun sukaaa, mesti sedap tu

    BalasPadam
  10. perghhh..sedapnya ikan bakar. makan dgn nasi panas tghri cam ni. terasa lapar la tgk ikan bakar.. satu hari nak pg melawat kt kedai ni. thanks kak

    BalasPadam
  11. mcm mahal tp tataulaaa, kak... sy x penah mkn ikan bako mcm neh... biasa mkn yg set tuh dkt jusco or giant stadium shah alam ajer...

    BalasPadam
  12. belakang istana mmg mahalskit kak. sekali sekala boleh ler

    BalasPadam
  13. aii....kak..TQSM coz jumpa iii...hope jumpa lagik dimasa depan..

    BalasPadam
  14. Salam sume......saya n hsband sealu mkn kt c2 skurang2 nye 2mggu sekali@1bln sekali....sejak thn 2004.....mula2 dulu kmi mkn kt grai yg no 3.....tp skrg gerai no 4.....gerai 1 & 2 ok gak lah.....yg membezakn setiap grai ye lah sos pencicahnya.....grai 3 & 4 rasa nye hampir sama.....dr segi harge sedap mkn sedap gak byo......:)

    BalasPadam
  15. mlm bukak tak.?
    bukak sampai pkul brpe.?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers