OOO

Isnin, April 04, 2011

Keputusan Penuh Dan Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)2010


Anugerah Bintang Popular telah di adakan di Arena of Stars, Genting Highlands. Pahang. Memang gamat bila gandingan tiga orang pengacara popular Sharifah Shahira, Raja Azura dan Zizan menjayakan ABPBH 2010 kali ini.

Segmen pembukaan ala teater dinyanyikan oleh Azlan Typewriter yang menyanyikan lagu Jeritan Batinku, di susuli pulak oleh penyanyi Ning Baizura dan Farhan menerusi lagu Asmara.

1. Kumpulan Duo Popular : Six Senth
2. Pelakon Tv Wanita Popular : Fasha Sandha-kali ke 5
3. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
4. Artis Komedi Perempuan Popular : Noorkhairiah-piala diambil oleh Sharifah Shahira
5. Kumpulan Nasyid Popular : Rabbani
6. Pengacara Tv Lelaki Popular : Aznil Haji Nawawi-kali ke 8
7. Artis Baru Lelaki Popular : Sharir

Ada kumpulan Hujan menyanyi lagu Muda dan lagu Kalau Berpacaran, Danie Hasbullah, (klon Sohaimi Hassan), Ana Raffali dan Altimet.

8. Penyampai Radio Perempuan Popular : Farah Fauzana
9. Pelakon Tv Lelaki Popular : Remy Ishak

Kumpulan yang menghiburkan Top 5 Artis Komedi Popular iaitu Nabil, Along, Angah, Jozan dan Zizan menyanyi lagu Pak Itam dan Hore Hore lagu arwah R Azmi.

10. Pengacara Tv Wanita Popular : Farah Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan

Penyanyi Anuar Zain menyanyi lagu melankolik penuh syahdu Sedetik Lebih lagu tema Merong Mahawangsa.

Dato' Rosnani Jamil telah di beri Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH 2010. Beliau memang layak menerimanya.

12. Penyanyi Lelaki Popular A : Faizal Tahir
13. Pelakun Filem Wanita Popular : Lisa Surihani

Yuna menyanyikan lagu Gadis Semasa.
Ada pulak Anugerah Artis Mobille Popular : 6senth

14. Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali
15. Pelakun Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

Alyah, Shima dan Ratu Rock Malaysia Ella menyanyi lagu Dua Insan Bercinta, Permata Biru, Kesal dan Gemilang.

16. Penyanyi Wanita Popular : Yuna

17. Bintang Paling Popular ABPBH 2010 : Shaheizy Sam
seronok tenguk beliau mencari ibu beliau Kathy dan berpelukan dan membawanya bersama ke atas pentas...pastu di suruh pula naik kereta sorong.

Yang paling best bila part Usop Whealchair (bahasa Usop.. pastu di sorong oleh Johan) sambil membawa keputusan sambil tangan di goyang-goyang..pastu penonton semua mengikutnya.....terbahak-bahak ketawa akak di buatnya...memang gimik yang terbaik..

Persembahan akhir dari Dato' Siti Nurhaliza. Siti nyanyi gak lagu Nobody/Wonder Girls

13 ulasan:

  1. selamat malam kak ina

    tahniah utk semua..ayu pun sangat2 terhibur dgn gandingan 3 pencara nie..best sangat2

    BalasPadam
  2. pengumum Anugerah.. memang terbaiik!! sesiapa yang nak dengor pengumuman anugerah bintang popular, angkat tangan macam saye nih... (ucop wilcha)
    hahahahaaa... terbahak2 kid tengok

    BalasPadam
  3. terbaiklah paknil.huhu
    yeah zizan menang! huhu!

    BalasPadam
  4. mmg suke si SAM tu menang ...

    BalasPadam
  5. suka part usop penari kebudayaan tu

    BalasPadam
  6. dapat jumpa kak ina tadi ya.. Thanks to Kak Mas sebab bgtau kak Ina nak datang... sempat la bersua muka walau tak dapat nak join sekali minum minumm.. kak ina maintain sama je.. :)

    BalasPadam
  7. kak ina turun sana ker?

    murah rezeki sam!

    BalasPadam
  8. mmg suprise tgk peminat@artis layan gelek tangan ikut usop.

    ;)

    BalasPadam
  9. abang nuar jgk di hati ku..he3

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...