OOO

Khamis, April 07, 2011

Mengancam wei Kek Gulung Kasih Ni


Resipi kek gulung kasih dari blog Dayang Jack. Tak tahan tenguk cantik sungguh bila dah siap di bakar. Rasa pun sedap tau. Kalau loyang besar bolehlah gandakan adunan sebab kalau anak ramai buat 1 adunan sekejapan habis.

Bahan-bahan :

70 gm tepung gandum (diayak)

1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 gm gula kastor

60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu kecil ovalette

Pewarna merah, hijau dan biru
Akak letak krim aising-nak letak jem pun boleh
Cara-cara :
1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan biru di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga. (akak lorek lepas tu)
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Nak bancuh senang ajer..tapi tang nak buat camni aduhaiiii...makan masa..akak pakai sudu ajer..kalau rajin masukkan dalam piping beg dan picit. Kena pakai 3 pipinglah kalau nak buat. Lepas tu akak lorek..lupa nak snap masa dah lorek tu.

17 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Suka kek ni. Ingat lagi masa sekolah menengah dulu dah belajar buat , tapi tak colorful la pulak.

    BalasPadam
  3. kak.. bestnya.. swiss roll ni fav saya. mesti beli kalau gi soping..

    BalasPadam
  4. perhhh..cantik la kek gulung akak....
    sedappkan kak kek ni..mas pun suka..

    BalasPadam
  5. kita tak pernah buat kek gulung... sebab rasa cam rumit je.. tapi kek gulung ini membuatkan kita rasa nak cuba je... huuu...

    BalasPadam
  6. Kak Ina...cantiknya kek gulung kasih mua....Ummi x buat2 pun lagik..tunggu orang reda2 dulu la kasi gulung...hehehehe...

    BalasPadam
  7. wahhh.. warna warni gitu mcm kain batik pula hehe

    BalasPadam
  8. meriahnya color kek nie... syg plak nak makan....

    Bean mana ye kak, yang ckp promote blog saya....??? tekejut nie.. rasanya tak der pun org promote.. hehehehe

    BalasPadam
  9. emmmmm nampak simple.... kena try nampak gaya nih..

    BalasPadam
  10. memang ngancam! rupa dan sure rasanya best

    BalasPadam
  11. fuuhhhh
    mengancam la kaler dia!

    BalasPadam
  12. meriahh kaler dia kak.. sukerrr :)

    BalasPadam
  13. salam kak vouge..

    wahhhh meriah nye kek lapis tu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers