OOO

Isnin, April 11, 2011

Resepi Ayam Panggang Hickory Smoke


 ayam mahal..semua akak bakar
Dulu buat ayam panggang ni guna brand yang sama tapi guna honey.  Gi cari kat Giant tak jumpa , yang ada cuma hickory dickory..terus buat ajerlah guna yang ini.
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 dan bersihkan.  Tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 tin kacang panggang 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit mentega
2 biji kentang-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 batang lobak merah-potong kecil
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam dan halia ke seluruhan badan.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, lobak merah, bawang dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  balikkan ayam,  sapu lagi sos dan tuangkan kacang panggang  dan biarkan 20 minit lagi.
6.  Kalau suka  gunakan api atas dan biarkan ayam garing sikit , sapu sos dan keluarkan dari oven,
7.  Hidangkan panas-panas. 
 Buat garlic breads, kentang goreng dan sup campbell.

6 ulasan:

  1. sedapnyer kak.. tq share resepi... yer lor ayam mahal skrg takleh mmbazir..

    BalasPadam
  2. salam kak,
    terusss rasa lapaq ni...hehehe

    BalasPadam
  3. hickorey2 tu sedap eh..?
    akak, tudung dah sampai.., thanks yea hadiah penaja..
    Kurang Ajar Cakap Mencarut | FU*K

    BalasPadam
  4. waa... sedapnya Kak ina ,,,,kecur air liur

    BalasPadam
  5. Wah.. sya ingat nama ayam ni dapat dari mana. Rupanya ada sos kraf nama ini ya. baru tahu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...