OOO

Rabu, April 27, 2011

Resepi Spaghetti Olio




Kalau hari-hari makan ikan yang sama pun bosan, hari-hari makan ayam pun bosan, makan nasi hari-hari pun bosan.  Dek sebab bosan ashik makan nasi hari-hari, tengahari ni akak buat spaghetti. Buh cili api akar..bila tergigit..fuhhh syok sekejap pastu cepat-cepat minum air. Pedas weiiii

Ambik resepi dari blog Mat Gebu. Resipi ini untuk 2 orang makan. Orang masak spaghetti guna minyak zaitun bagus untuk kesihatan terutama  "extra virgin" fuh...minyak pun dara gak ek.

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu-tak letak
1/4 biji red capsicum, dadu-tak letak
4-5 biji cili padi, dititik (optional)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau-tak letak
5 biji buah zaitun hitam-tak letak
6 ekor udang besar, dibersihkan-akak campur dengan sotong
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (akak guna  "extra virgin")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang (sotong) red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  3. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan...
p/s kalau makan kat luar..mahal berdentum tau spaghetti olio ni..padahal nak buat bukannya susah sangat pun

10 ulasan:

  1. lazat & memikat ni kak ina.... terliur dibuatnya ptg2 ni sbb lom minum ptg lagi ni.. hehe..

    BalasPadam
  2. Assalamulaikum kak ina :D

    nape masak sikit jer spagetti tu kak, masak lah lebih2 bole sedekah semangkuk kat ct.. hihihi

    BalasPadam
  3. perghhh,pia suke pedas

    tp mmg kalah dgn cili akar

    tp sedap

    BalasPadam
  4. aah..kalo kat pizza hut tu mahal pastu ntah apa je ada kat dalam nya

    BalasPadam
  5. kid suka aglio olio nih... dulu masa keje part time restorann jerman.. hehehe

    Cashout Nuffnang Pertama! | ChurpChurp macam mana?...

    BalasPadam
  6. dulu selalu juga mkn spaghetti ni,tapi lama2 asik menu yg sama je pkai sos prego naik jemu plak,skang ada menu bru,kami kena cuba ni,thanks kak ina & mat gebu..:)

    BalasPadam
  7. kalau kt luor mmg mahei kak oiiiii huhuhuhu..

    emmm resepi cm x susah sgt nk crik bahan2 nye tu

    BalasPadam
  8. wah kak .. mcm senang, cepat dan ringkas je. boleh la nnti ella cuba.

    BalasPadam
  9. terimakasih atas ucapan ye kak...amin....
    sesekali tukar selera best jugak ye kak...kekadang dah taktau nak masak lauk apa? hmm....hari2 menu lebih kurang sama je

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers