OOO

Jumaat, April 01, 2011

Resepi Udang Masak Merah Berempah

Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Semuga Raihan dan seluruh keluarga dapat menerima ketentuannya, sesungguhnya allah s.w.t. lagi menyayanginya. Memang rasa downlah hari ni..

Udang kalau masak apa pun sedap kan..kalau goreng tepung lagi best. Tapi tak leh jadi lauklah pulak..bila habis menggoreng ada ajer tangan-tangan yang menunggu, lelama habis ataupun tukang masak bertempik cam tarzan.

Masak udang stail camni kalau tak habis esoknya bolehlah makan dengan lempeng, cekodok ataupun roti canai tak pun roti ajer. Akak ambil resepi dari blog Dayang Jack

Bahan-bahan :
  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • akak tambah : 1 biji bawang besar di hiris halus
  • 2 biji bawang kecil di hiris halus
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan-bahan mesin bersama daun kari hingga wangi. (Akak tumis hirisan bawang besar dan bawang kecil bersama daun kari ..baru masuk bahan kisar dan cili kisar..kemudian baru masuk pes)
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan-bahan mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.

8 ulasan:

  1. Salam.. Kak Ina, sedapnya udang ni.. Meleleh air liur dibuatnya... :)

    BalasPadam
  2. nasib baik baru lepas makan..kalau tak meleleh air liur..hehe

    BalasPadam
  3. perhh..sedapnya udang tu kak ina...
    terliur mas tengok...

    BalasPadam
  4. sedapnya tgk udang ni kak....maunya bertambah nasi ni...hehe

    BalasPadam
  5. as-salam
    Perghh ..mengoda sungguh udang masak merah berempah... ni mesti sedap....

    BalasPadam
  6. udang masak apa pun sedap. memang... Cicah dengan pulut kuning hmmm..

    BalasPadam
  7. sedapnyaaa... makan pizza lagi sedap.. hehehee

    BalasPadam
  8. sedap bebenor

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers