OOO

Jumaat, April 15, 2011

Resepi Ulangan : Kueh Udang

Kueh udang memang sedap di makan petang-petang.  Salah satu kesukaan suami dan anak-anak.  Suami akak kata kueh melayu..kalau pizza tu kueh omputih.  Resepi ni akak dah tepek tahun lepas.

Ada orang kata kalau nak buat kueh udang pakai senduk, lepas habis buat simpan..jangan guna masak yang lain..takut melekat.  Tak percaya mulanya..lepas terkena ashik melekat ajer bila guna masak gulai, sekarang ni beli senduk khas untuk buat kueh udang ajer.  Tapi tak taulah petua ni betul ker idak buat orang lain.


Akak ambil resepi ni dari blog chef yang tengah fofolur sekarang ni..sape lagi kalau idak Chef Ah Mat Gebu



BAHAN UNTUK CUCUR :-)
  • 250 g tepung gandum*
  • 3/4 camca besar baking powder*
  • 3/4 camca teh soda bikarbonate*(*gaul rata dan ayak)
  • 300 ml air rebusan kepala+kulit udang
  • 10 - 15 ekor udang
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 30 g kuchai, dihiris
  • 50 g taugeh, ramas sedikit

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 cucur kecuali udang, kacau sebati dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas sekejap (dalam 1 minit), keluarkan sudip dan sudukan bancuhan tadi 1 1/2 camca besar dan baringkan sekor udang atasnya, tekan sedikit.
  2. Masukkan dalam minyak panas tadi, gunakan api sederhana. Bila cucur kelihatan kembang dan tembam, perlahan2 tanggalkan dari sudip, goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian cucur. Angkat dan toskan.
  3. Letak atas beberapa helai paper towel, buat hingga siap. Hidangkan bersama sos.
Kalau akak dah lama tak buat kueh udang suami suka beli.  Yang buat tak best sebab sos yang orang tu bagi.  Ada yang pedas sangat, ada yang cair dan pernah sekali tu rasa cam dah basi.

Kalau akak buat akak suka buat sos ni..sedap..kalau malas makan ajer dengan cili sos yang di cairkan dengan air panas sedikit.

 BAHAN SOS :-)
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk -akak tukar ke bijan yang di sangai

  UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI "CHEF WAN") :- 
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. 
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat.
  3. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang tadi...

8 ulasan:

  1. salam kak,
    kuih ni mmg perlu diulang banyak kali...sebab dappp..kena lak dgn kuah cili akk tu...perghhh

    BalasPadam
  2. kuih ni kita panggil juga cucur udang kan kak..

    BalasPadam
  3. balik kerja tadi, sya tengok wife tengah2 dok godek blog kak ina. katanya nak buat kueh udang. huhuhu, best nyer....

    BalasPadam
  4. salam
    gua kalu makan kueh ni suka dengan sambal belacan terangkat

    BalasPadam
  5. pagi2 masuk sini tengok cucur udang kak ina..yami! yami!

    * semua 4 blog akak ni aktif ke? memang betul la awet muda tu. :-)

    BalasPadam
  6. Slmt pagi minggu k.Ina

    Sy baru dok rancang nak buat cucur udang...k.Ina dah tayang dulu...tumpang jamu mata.betul tu kalau yg beli ada sos kdg2 tak menepati selera.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...