Sabtu, Jun 18, 2011

Bihun Goreng Lada Hitam (Resepi Ulangan)

Tadi cuba masukkan video tapi video lain..kenalah cancel.

Peliklah tenguk kat N3 lama boleh di katakan gambar kat resepi banyak yang hilang. Tak taulah apa masalahnya. Bihun goreng camni ada orang panggil bihun singapore ataupun bihun putih. Tak kisahlah apa nama pun..janji sedap udahlah. Memang kena makan dengan potongan cili api ataupun cili hidup..kalau idak tak ada umphhh.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • 100-200gm udang basah-boleh jugak di tukar ke ayam
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit fish cake-di potong kecil
  • sedikit fish ball - di potong 2
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • garam secukupnya-kena rasa dulu..kalau takut masin
  • sedikit minyak
Hiasan : sedikit daun sup/daun bawang-dihiris halus
1-2 batang cili hidup-dipotong serong
Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bwg putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sedikit air, kicap pekat, fish ball, fish cake dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan udang bersama sayur sawi dan taugeh.
5. Kacau sebentar dan masukkan bihun yang telah di rendam tadi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi.

7 ulasan:

  1. He2,tu la pia pon klik tadi.xde pulak entry nya

    resipi ni mmg sdp kak

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    ringkas tapi sedap....

    Wassalam

    BalasPadam
  3. aslmkm kak...dah lama tgk org buat mihun camni..sedap tu ada lada hitam kan...tp kita tak jugak buat2..hehe

    BalasPadam
  4. Salam. Kak Ina, di sini Nur kongsikan laman web mungkin boleh membantu akak..

    Lihat entri ini :
    http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2011/06/koleksi-laman-web-bank-soalan-pmr-dan.html

    BalasPadam
  5. sedapnyer bihun..tp kalo saya, mesti gak nk makan dengan sambal kicap..asal ada kaler itam baru puas hati..hehehe

    BalasPadam
  6. sedapnya..trus rasa lapar..

    nnt nak try buat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...