OOO

Khamis, Jun 02, 2011

Gulai Daging (Rempah Cap Bunga Rose)/Nasi Hujan Panas

Ishhhh cuti sekolah pun sibuk gak menghantar anak ke sekolah, jauh pulak tu ke Rawang.  Apa nak buat ada kelas tambahan.  Menci jalan ke Rawang tu selalu jem, sekarang ni tengah buat jalan, lagi lah jem.  Pagi okey ajer tapi bila nak balik kat Tesco dah jem terpaksa pusing ikut highway plus, sampai umah dekat pukul 4.00 petang.  Tak apalah, demi kejayaan anak, sangguplah akak redah tu semua.
Macam-macam versi gulai daging ala terengganu ni yang pernah akak buat.  Ada yang letak gula kabung/melaka dan kerisik.  Kali ni akak tak letak tu semua, akak ikut resepi kat paket rempah Cap Bunga Rose.  Alhamdulliah sedap.

Bahan kisar
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 hiris lengkuas
3 hiris kunyit
rasanya orang pantai timur tau rempah ni..akak dulu tak tau..pas member masak memasak bagi akak beli masa jejalan kat Pantai Timur
Bahan-Bahan
2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Rose-akak guna cili kisar
1 sudu besar rempah gulai Chap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Rose
1 sudu besar air asam jawa
2 mangkuk santan cair
4 biji lada merah (dibelah 4)
2-4 sudu minyak masak
akak tambah - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar-di hiris halus 
2 biji ubi kentang-belah 4 setiap satu

Cara-cara
1.  Tumiskan  hirisan bawang besar kemudian masukkan 2 sudu besar serbuk cili Cap Bunga Ros (cili kisar) dengan 2-4 sudu minyak masak sehingga wangi.
2.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar bersama rempah Cap Bunga Rose, air asam jawa dan garam secukup rasa.
3. Masukkan daging dan gaul sehingga rata, biarkan seketika, setelah kecut masukkan pulak satu cawan air.
4.  Masukkan santan dan didihkan.  Setelah mendidih masukkan lada merah dan garam.
5.  Biarkan seketika kemudian padamkan api.
Makan dengan nasi hujan panas yang tiada warna sebab malas.  Pastu goreng papadum.
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
6 cawan air-
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning dan merah- tak letak

Bahan Tumis
1/2 inci halia - hiris halus (akak hiris  lebar)
2 ulas bawang putih - mayang
1/2 biji bawang besar - mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. (tak buat pun)  6.  Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata.

11 ulasan:

  1. slm akak, rempah cap b.ros tu mmg sdap klu guna utk mask. Sy klu blik kg (klate) mst borong bnyk2 bt stok...hehehe. Slm ukhwah akak!

    BalasPadam
  2. Rajin akak buat nasi hujan panas. Dah byk kali tengok akak buat.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. wah..bangga pulak rasa produk kg saya ni fofular,dekat ngan umah kilangnya...hehee. balik kg hari tu, saya dah borong 2 dozen rempah bunga rose (hak pek kecik2). bg mak mentua terai dia pun kata sedap.

    step 3 gulai tu, org trg panggil "mati air"

    BalasPadam
  5. selalu nasik ni time kenduri ja ada...

    BalasPadam
  6. wahhh sodap nye menu ..

    emmm rempah cap bunge ros tu cm penah nmpak mama ku wat gulai tuk nasi dgg ..

    BalasPadam
  7. Salam Kak Ina..Tgk entry ni baru tingat, kat peti hikmat pun masih ada stok rempah ni...Macam nak godeh-godeh lah pulakkkkkk...

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum kak

    senang ke nak cari rempah ros tu?

    sedapnya lauk,nasi

    BalasPadam
  9. salam...saya ade menjual rempah ratus dr terengganu esp rempah cap bunga rose....

    BalasPadam
  10. Pelik betul bila akak masak , sukatan Renpah Masak CBR tu satu sudu besar, sebab setahu saya rempah tu letak sedikit sahaja. Kalau letak banyak@sama sukatan dengan rempah gulai, jadi tak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak ikut resepi kat paket gulai tu tanpa nama..bukan sebarang letak yer

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers