Rabu, Jun 22, 2011

Malam Universal Music Malaysia & Suria FM Night 2011

lepas daftar ada yang suruh ambil gambar kat sini..
feel cam artislah pulak..wa ka ka
Barisan artis Universal Music Malaysia di tampilkan di atas satu pentas yang sama di Nirwana Ballroom, Crowne Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur semalam dan merupakan sebuah acara terbesar bagi label rakaman ini untuk tahun ini.
Terima kasih buat Hilalazmi sebab sudi mengajak akak ke sini.
Artis naungan Universal Music Malaysia termasuk nama-nama besar seperti Alleycats,
Ana Raffali, Ning Baizura, Maya Karin, Spider, Anuar Zain dan lain-lain lagi.
my talibaruts akak yang happy Daydeck (jadi kameraman),CikLilyputih dan Hazman yang sanggup beli topi lanun di saat-saat akhir. Macam biasa kami ni tak ikut tema majlis..wartawan bloggerlah katakan..tak payah nak gempak-gempak sebab kami ni sempoi ajer

artis Sharifah Sahirah turut hadir..fuhhh anak dah banyak pun body masih maintain
DJ Suria FM DJ Bob menang untuk pakaian terbaik tema Pirates/Lanun untuk lelaki
Manakala artis Betty Benefe pula dipilih untuk perempuan bersama Azlina manager Ana Raffali
Gendung gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..makanan memang sedap. Jejai
kecewa sebab makanan dah banyak habis sebab datang lambat..tak lah gurau ajer
Selepas maghrib ada pula cabutan bertuah untuk wakil media yang di gamatkan dengan 2 DJ SuriaFM Halim Othman dan DJ Mizi bersama-sama artis Sharifah Sahirah.

Yang bestnya 2 orang tali barut akak berjaya mendapatnya...Hazman dan Cik Lily..tak ada rezeki akak malam tu.
Band dari Indonesai, Geisha di beri penghormatan melancarkan album baru mereka, Meraih Bintang (2011) dan memulakan persembahan di pentas dengan mempromosikan album mereka yang pertama dan kedua.

Band Geisha dari Pekanbaru, Sumetera yang di tubuhkan oleh Momo (vokal), Nard (bass), Dhan (keyboard dan Aan (drum).
Ning Baizura yang memulakan persembahan. Ning akan mengadakan majlis pelancaran album barunya DEWA tidak lama lagi dengan 8 buah lagu iaitu Aku Bukan Dewa, Alhamdulillah, Bila, Mama Papa, Pencarian, Propaganda, Raksasa dan Sampai. Dengarkan sampel lagu di www.ning-baizura.com.
Siti Sarah Raissuddin dan Shahmira Mohamed atau nama pentas Shuib (kumpulan Sepah) telah menyanyikan sebuah lagu single mereka Cinta Itu lirik ciptaan Ad Samad . Romantik sungguh bila mereka menyanyikan lagu sambil berpegangan tangan dan bergurau senda di atas pentas.

Dengar gossip kata rumahtangga Ning bermasalah tapi akak tenguk Ning bahagia ajer dengan suami dia.
Linda Oon juga menjadi salah satu emcee pada malam tadi. Beliau tetap cun.
Myra yang nampak kurus..katanya makan hati dan khabar baik buat peminat beliau..katanya beliau dah single.
Manager akak gembira dapat bergambar dengan band Geisha sebab dari album pertama lagi dia dah sukakan lagu-lagu dari kumpulan ini. Eloklah tu..penyanyi pempuan tu pun nak cari cowok dari Malaysia.

12 ulasan:

  1. waaaa manyak syok,ramai retis

    BalasPadam
  2. bestnya,.camne leh dapat ni..jeles2

    BalasPadam
  3. Meletop gamba!ahahahaha...

    I like!

    Thanks atas kesudian untuk hadir..aha..Nanti sy bawakkan CD utk Daus maybe masa p umah Eyriqazz nnti.. :D

    BalasPadam
  4. wahhh kak ina glamer asyik jumpa artis jer skang niiii

    BalasPadam
  5. Wahh meletop bloggermama sorang nih jumpa retis2 jer. Heheh..
    Btw cantik belog dia la nih lebih kemas :)

    PojiePooh; Hanya Satu...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    wahhhh
    bloger yg telah berjaya

    ps: kawan saya akan ke Kemboja pd 28 hb ni, menyampaikan subangan

    Wassalam

    BalasPadam
  7. seronoknya jadi kak ina...jenjalan sokmo...Alhamdulillah... Banyak pengalaman. Akak..saya sukaaa sangat dengan header baru akak nie...hehehehhehe ceriaa jer..

    BalasPadam
  8. best best la pengalaman akak ni..

    BalasPadam
  9. salam ina..bestnya..banyak pengalaman ni..

    BalasPadam
  10. Suka tgk geng2 TB akak...BESTTTTTT
    kak ina yang sgt2 sporting :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers