OOO

Selasa, Jun 28, 2011

Resepi Daging Masak Kicap Pedas

Kalau tak rajin masak akak masak kicap. Ala semua orang tau nak masak kicap kan. Tak perlah..akak tepek resepi ni supaya anak akak senang nak masak di kemudian hari.

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang/daging lembut-hiris tipis
  • 2 biji ubi kentang-hiris lebar dan goreng
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 1/2 sudu teh lada hitam-tumbuk
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 labu bawang besar-hiris bulat
  • 1/2 cawan kicap manis-akak guna chap kipas udang-nak lebih tambah lagi
  • 1 biji cili hidup-hiris serong
  • sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, goreng ubi kentang sehingga perang dan toskan.
2. Perlahankan api, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam sehingga wangi, baru masukkan cili kisar.
3. Biarkan cili masak baru masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air dan biar sehingga daging empuk.
5. Bila daging dah empuk masukkan sedikit garam, hirisan bawang besar, ubi kentang goreng dan cili merah.
6. Biarkan sekejap baru di angkat. Makan bersama nasi panas

11 ulasan:

  1. wah
    sedap2
    leh den cuba nanti try buat sendiri plak
    :-)

    Juvana Episod 10

    BalasPadam
  2. hentam je la..yong xreti..tp benda mudah pon bole lupa time blurrr

    BalasPadam
  3. adehh...terliur plak nengok menu kak ina ni. daging kicap mmg best!

    BalasPadam
  4. masak kicap! menu terbaik punya..semua suka!terliurlaa pulak dah..heh

    BalasPadam
  5. salam ina...terliur lah pulak nampak gambar menu kat atas tu he2x..cantik header baru kat atas tu..

    BalasPadam
  6. komen lari tajuk sket....

    semalam jumpa juga akhirnya gerai char kuey teow kat tasik titiwangsa. macam mana itu ari boleh tak perasan. sedap katanya isteri, tapi bagi saya biasa2 jer

    BalasPadam
  7. skng batang pinang sekilo rm23 kan?

    BalasPadam
  8. bkn kata anak akak, saya pun boleh curi resepi simple2 gini... hehehehehe

    BalasPadam
  9. selalu makan sup daging je,
    lama dah tak makan daging masak kicap,
    ingat dulu kat kampung nenek selalu buat..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers