OOO

Ahad, Jun 19, 2011

Resepi Mee Goreng Mamak

Apa hallah tak tenguk video tu..tak taulah problem apa. Nanti try lagilah.

Tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat akak kena buat makanan setiap pagi sebab hb bawa bekal ke pejabat. Dia malas nak gi keluar bila waktu lunch. Jadi kenalah tukar stail goreng mee, sekejap goreng mee stail melayu, kadangkala goreng mee stail omputih (spagetti) dan goreng stail mamak. Resepi ulangan ni.

Bahan

  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging -hiris nipis(akak tukar sotong dan udang)
  • 100 gm fish cake -akak tukar ke fish ball
  • 1 cawan taugeh-tak letak
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]akak ganti kobis dan daun kucai
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur
  • 3 biji cili hijau [hiris nipis]tukar ke cili merah
Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging (udang/sotong) dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

8 ulasan:

  1. - wahhh best camtu...isteri mithali tu ...

    BalasPadam
  2. tak tahan tengok udang n sotong tu..fuhhh mesti sedap

    BalasPadam
  3. Kalau boleh masak hari2 jimat belanja.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    untuk hubby dapat isteri macam akak

    Wassalam

    BalasPadam
  5. salam kak,

    yg membezakan malay style n mamak style sbb letak kari tu ek ye kak...

    BalasPadam
  6. salam kak ina...untung suami kak ina..hari2 kak ina bekalkan breakfast kat die...

    BalasPadam
  7. kak kalau bahan asal ny x ada mana nak nama kan masakan ini mee goreng mamak....huhu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...