OOO

Selasa, Jun 28, 2011

Sebelum Ke London

Bila keluar dari rumah ternampak polis ni, suami pun panggil , nak ambil gambar buat kenangan. Dengan senang hati polis ni bergambar dengan kami.
Kami ke Bridge, tempat shopping yang popular di sini. Beli sedikit cenderahati untuk anak-anak.
Beli barang makanan di Tesco, anak yang tau halal ker idak benda yang akak beli. Cheese memang murah kat sini.
tekak mengada-gada nak makan sup bihun, harga satu paket kecik untuk 2 orang makan yang dah di rendam 1 pound kat tesco.
Balik dari beli bihun tu akak buatlah bihun sup. Bihun paling mahal yang akak pernah buat.
Kat Primark tempat shopping yang popolur di UK..jaket ni 10 pound ajer kat sini
Ingat nak beli untuk anak tapi tak jadi...takut anak tak kenan, al maklumlah anak sekarang, kang kita beli dia tak nak pakai. Buat sakit hati ajer duit habis camtu.
Ke Stadium Sunderland
apa lagi beli jersey sunderland..tapi sayang tak ada saiz kecil untuk hb, beli untuk Daus dan adik ipar.
Ada gak sup punjut adabi kat sini. Akak ke e kedai orang Pakistan beli daging kambing, sajer nak masak jamu member anak. Kat sini gak akak beli berkotak-kotak rempah Shan sebab murah 1/2 kali dari kat pasaraya di Malaysia
Lepas hantar kereta sewa, kami naik bas ajer ke mana-mana. Bila bas tiba, mereka suruh kami naik dulu sebab tangan penuh dengan beg, walaupun mereka dah tua. Yang tak seronok dalam bas mereka bawa anjing..puaslah gak nak mengelak.
Seronok tenguk kenderaan tak banyak di jalanraya. Tak ada sampah bertaburan sebab ibubapa memang ajar anak-anak buang sampah dalam tong, kalau tak jumpa tong sampah, mereka suruh anak mereka masukkan sampah dalam poket ataupun beg. Bila jumpa tong sampah di keluarkan semuanya dan buang. Bagus sungguh cara ibubapa didik anak mereka.
Kami pegi hari Sabtu jadi ramai sungguh ibubpa bawak anak-anak berjalan-jalan. Orang-orang tua kat sini pun suka keluar berjalan, kalau couple siap pegang tangan lagi, romantik sungguh.
Anak-anak remaja bermain-main di tepi jalan. Tak takut pun macam kat sini. Kalau kat sini tentu penuh dengan pendatang asing bila hari Sabtu, sampai nak bawa anak keluar pun rasa risau terutama di KLCC.
Jadual pengangkutan awam kat sini memang efisen. Kalau lambat pun mungkin dalam 1-2 minit ajer. Kalaulah kat sini macamtu tentu ramai yang gunakan pengangkutan awam.
ke kedai satu pound, kami banyak beli coklat kat sini..murah dari harga di airport.
Hari Ahad kami ke car boot sales naik kereta kawan anak akak. Besar gak tempat jualan ni. Ikut tips dari member anak, kena grab kalau berkenan, kalau idak melepas. Yang banyak barang mainan kanak-kanak, puas hati kalau beli sebab barangan yang di jual masih bagus.

Kat sini akak beli pinggan mangkuk, dan mainan Imran. Ada yang akak beli 1 pound, 2 pound dan paling mahal pun set pinggan mangkuk yang berharga 5 pound. Ikut hati nak borong pinggan mangkuk tapi bila fikirkan susah nak angkut balik terpaksalah redha ajer.
Kat sini baru akak jumpa udang segar, harga lebih kurang sama kat Malaysia. Ada kepah, ikan salmon tapi tak beli sebab dah nak gerak ke London. Bila nak packed barang akak pinjam beg anak yang besar sekali.

Penuh weiii sampai suami kata lepas ni tak leh buka beg tu lagi. Bila tenguk beg yang dah beranak tu rasa risau gak nak gi ke London nak bawa naik bas nanti. Lagi satu yang buat akak risau takut terlebih muatan masa kat kat airport. Suami kata..rilex aaa

11 ulasan:

  1. - dengan polis malaysia xnak amik gambar ye...

    BalasPadam
  2. betul kak. sy pun rindu pengangkutan awam di sana. kalau bas terlepas. sy tak risau. paling lama 10 min tunggu. tp kalau tgok dorg kejar bas, macam bas takkan sampai lagi sejam. hihi.

    BalasPadam
  3. kak ina cantik layout baru akk ni...
    geram kan kalau gi flea market lagi mcm2 tapi nk bwk blk tu masaalah..

    BalasPadam
  4. seronok nya tgk akak

    mcm MZ ckp kat sane tenang je,tak risau sgt

    BalasPadam
  5. Salam K.ina...cantiknya permandangan kat sana!puas k.ina berjalan2 yer..bkn selalu dpt peluang camni kan kak...

    BalasPadam
  6. Phentermine.....

    A nice post thanks for sharing.....

    http://www.PhentermineHome.com/

    BalasPadam
  7. polis tuh sempoilah.. takda pulak nak marah2... cer try polis mesia..haha boleh jer kot...

    BalasPadam
  8. rilex aaa suami akak kata... hahahaha

    BalasPadam
  9. Tentu seronok dpt pegi tpt org....

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers