OOO

Jumaat, Julai 01, 2011

Ayam Panggang Madu Kraft

Alahai puas nak fikirkan nama masakan ni. Akak guna sos bbq jenama kraft, pastu tuang baked beans. Bolehlah kot nama camni. Dah banyak kali akak buat ayam panggang camni.

Senang ajer nak buat ayam panggang ni. Semudah A B C.
baru keluar dari oven
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12 di basuh dan di toskan.
1/2 botol sos bbq madu kraft-lebih kurang
1 sudu besar mixed herbs
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun (kalau tak ada guna minyak biasa pun boleh)
lobak-potong panjang
1 biji bawang besar-potong gelang
2 biji ubi kentang-di potong 6 dan di goreng pastu toskan
1 tin kacang panggang (akak suka ayam brand)
sedikit garam

Cara menyediakannya
1. Lumur dulang pembakar dengan minyak zaitun. Masukkan sos kraft, mixed herbs, serbuk lada hitam dan garam ke dalam ayam dan perap dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
2. Panaskan oven ke suhu 200 C dan masukkan ayam tadi. Setelah 1/2 jam masukkan lobak, bawang besar dan ubi kentang. Siram ayam dengan sos yang keluar.
3. Setelah 10 minit masukkan kacang panggang ratakan. Siram lagi ayam.
4. Gunakan api atas grill lagi ayam selama 5 minit untuk bagi ayam warna keperangan (kalau tak nak tak per)
5. Bolehlah hidangkan bersama-sama makanan selingan.
p/s Anggaran memasak bergantung kepada besar/kecil ayam dan oven masing-masing.
Makanan selingan Soup Campbells
Kentang goreng lada hitam dan coleslaw.(gambar kat atas bersama ayam)

9 ulasan:

  1. enaknya resipi ni, meesti nak cuba nanti

    BalasPadam
  2. yum yum nampak sgt sedap
    kak ina, nak tanya akak guna software apa utk edit2 pic tu--nampak cun+ada watermark tulisan tu...nak try buat gak

    BalasPadam
  3. Assalam Ina,
    kalau bubuh madu utk panggang2, memang sangat sedap...

    BalasPadam
  4. nyum..nyumm.. sedap nyer.. i likeee..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...