OOO

Sabtu, Julai 09, 2011

Gambar Sekitar Pelancaran Dan Show Case Album Ning Baizura-Dewa

Malam tadi akak telah menghadiri pelancaran album Ning Baizura-Dewa di Zouk Kuala Lumpur malam tadi. Tak pernah sebenarnya jumpa Ning personally tapi malam tadi terasa terhibur melihat Ning menyanyi secara langsung di depan media, blogger dan peminat setia beliau.
Terima kasih buat blogger HILALAZMI dan juga Universal Music Malaysia kerana sudi menjemput akak ke sini.
Geng tali barut yang hadir Jejai dan Daydeck
Setelah makan minum kami ambil gambar dengan ddfabulous. Oleh sebab akak duk kat atas akak tak ambil gambar. Terima kasih kepada Zaid sebab akak ambil gambar dari blog beliau sebab dia pakai kamera mahal , dah tentulah gambar lawa kan.
NING BAIZURA duduk di atas tandu telah di bawa masuk oleh jejaka-jejaka yang berbadan tegap (raksasa) sebab dalam album terbaru Ning Baizura ada lagu Raksasa.
Setelah sekian lama mendiamkan diri, penyanyi dan diva bertaraf antarabangsa, Ning Baizura tampil semula di arena seni tempatan menerusi album studio baru berjudul "Dewa".
Kelahiran Dewa yang juga album ke 12 Ning, di terbitkan sendiri oleh Ning bersama komposer Audi Mok menerusi gabungan syarikat mereka berdua iaitu Happenings dan Satu Entertainment dan di edarkan Universal Music Malaysia.
Serius tau, dulu akak memang kurang minat dengan Ning ni, tapi bila dengar Ning menyanyi 5 lagu malam tadi, akak terus jatuh cinta. Album 'Dewa' yang menampilkan 8 buah lagu berkonsepkan balada, pop, 'elektro' dan 'dance'.

Antara lagu yang di muatkan dalam album 'Dewa' ialah Raksasa, Sampai, Mama Papa, Bila, Pencarian, Propaganda, Alhamdulillah dan Aku Bukan Dewa.
Baju Ning Baizura yang berwarna gold pada malam tadi direka oleh Rizman Ruzaini yang juga turut mencipta pakaian buat Ning semasa pengambaran video klip BILA.

Ning bersama suami akan terbang ke USA dan UK tidak lama lagi untuk melihat persembahan artis terkenal Celine Dion disana dan ianya merupakan hadiah harijadi istimewa dari suami beliau Omar Sharif.
Pengacara Ray dan Rizal menjadi pengacara majlis malam ni sebab majlis ini disokong oleh stesen radio terkenal Era.FM yang bertindak sebagai radio rasmi.
gambar ambil dari blog http://mrshilmy.blogspot.com/terima kasih
Akak merasa gak naik kat atas pentas bersama ddfabulous masa mereka panggil bloggers dan dapatlah kami satu helai baju T eksklusif tertulis nama Ning dan Dewa.

Bloggers seramai 20 orang yang berjaya memenangi hadiah dari pembaca Budiey.com pun turut naik ke pentas dan mereka juga menerima sehelai baju T eksklusif Ning DEWA dan album DEWA.
Tension betul nak ambil di sebabkan cameraman yang ramai berebut nak ambil gambar pada malam tadi..al maklumlah akak cuma ada kamera murah ajer. Sebelum majlis berakhir abang raksasa keluar sekali lagi bagi sessi bergambar bersama Ning.
Keluarga tercinta telah menyokong kuat kerjaya Ning iaitu suami beliau Omar Sharif, ibu tercinta dan keluarga.
Lidah kelu tak terkata bila dapat bertentang mata dengan Ning dan di peluk oleh Ning Baizura.
Semuga kerjaya Ning akan terus sukses di persada nyanyian dan juga di persada lakonan. Semuga Ning juga akan mendapat cahayamata yang di inginkan.
Tak ketinggalan teman-teman blogger termasuk blogger zudientstory
yang first time jumpa dan anak @ manager akak.
Gaya seorang Diva yang berjaya memuaskan hati semua yang hadir pada malam tersebut kerana persembahan yang mantap. Apa yang istimewa, Ning juga turut menulis lirik lagu yang berjudul 'Propaganda' untuk album ini.

Sempena kelahiran album 'DEWA'. Ning Baizura kini sedang merancang untuk mengadakan konsert di KL Live pada Disember 2011. Nanti jangan lupa jemput kami lagi yer Ning.
antara blogger yang hadir issac, Zaid ,alice, redmummy dan jejai
Dapat gak anak akak ambil gambar dengan DJ Era Rizal dan Ray
Ray ..nanti nak masuk blog akak, nak tenguk resepi
Akak, masuklah dan cuba resepi akak, insyallah menjadi, tak percaya tenguk saiz badan anak akak.
perasan glam di interview dek Ning Baizura..terima kasih

Apa lagi jomlah reramai beli CD Original N
ing Baizura yer..jangan beli yang aspal (asli tapi palsu)

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    wawwww wawwww
    tahniah
    kak in bertamabah meningkat
    moga bloger diiktiraf

    Wassalam

    BalasPadam
  2. wa................. best la dapt jumpa ning^^ saye peminst die la kak^^

    BalasPadam
  3. thx akak.. n nice to meet u..ihih.. ada rezeki, kita jumpa lagi ya..hihih

    BalasPadam
  4. makan hati tengok akak bergambar dengan penyanyi kegemaran saya tu!

    haha...

    anyways... mesti seronok, kan? ngee...

    BalasPadam
  5. saya dari zaman blajar lagik mmg minat kat ning

    BalasPadam
  6. meletop kita berdua kan kak time naik stage tuh...hahaha...

    BalasPadam
  7. fuiyoooo kak inaa..mmg meletopp woo!! jeless la pulak..hehe!

    BalasPadam
  8. Dengan happy-nye isaac singgah di blog Kak Ina hari ni. Hello sana! XD Happy selalu ye

    BalasPadam
  9. hehe..sy nmpk akak aritu, sy teman en.somi, 1 of the body builder

    BalasPadam
  10. huwaa.....syoknya tengok gambar akak dgn ning... Gambar akak berpeluk dgn ning tu saya rasa macam terharu pula...gembira sampai rasa sedih.. Perasan benor saya kan. Macam laa saya ada apa2 dgn akak sampai saya yg terlebih excited. Tapi masuk sini tetiap hari..dah rasa mcm akak part of my life plak..hehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers