OOO

Isnin, Julai 18, 2011

Hari Pertama di London (Part 2)

Dari tube area Big Ben (tak ingat nama tempat) kami pergi ke tube yang dekat dengan London Bridge Station. Kena tukar 2 kali tube, masa tu time orang balik kerja, sesak sikitlah kat dalam tu, macam kita naik lrt. Nasib akak baik, bila naik ajer ada orang bagi tempat duduk.
Keluar dari bawah tu, ada kedai jual barangan cenderahati. Masuk kat dalam dan tenguk apa yang ada kat situ. Akak tak beli pun sebab Shukie kata mahal harga kat sini...Shukie suruh akak posing kat patung ni..apalagi pucuk di cita ulam mendatanglah.
Dari situ dah dekat nak gi Tower of London. Oleh sebab kami sampai kat sini dah petang, orang dah tak ramai. Senang sikit nak posing kat sini.
Ambil gambar sajerlah. Binaannya lebih kurang macam yang akak gi kat Leeds dulu tu tapi yang ni rendah ajer. Nak tau sejarah boleh lah rujuk ke sini Tower of London
Shukie bawak akak kedai souvenior kat area Tower of London. Kedai ni agak ke belakang sedikit dan harga kat sini lagi murah dari kedai pertama tadi. Apa lagi akak pun belilah sedikit fridge magnet.

FM yang besar di jual 3 keping untuk 10 pound, kalau kecik 5 keping 10 pound. Key chain pun sama gak harga camtu. Hendak tak hendak belilah jugak nak buat kenangan. Mahal kan..nak buat camner, beli ajerlah.
Akak beli gak t-shirt london kiriman adik akak, tu pun akak minta duit dulu dari dia sebab dah tau harga t shirt kat london memang mahal. Barangan souvenior memang banyak, yang tak belah sebab harga dia yang boleh buat poket kering. Bila dah beli kat sini, terjumpa kedai kat Paddington yang jual lagi murah. Apa nak buat..redha ajerlah.
Dek kerana angin bertiup kencang pastu hujan renyai kejap, akak pun terasa nak buang air kecil. Bila dah jumpa toilet tak jadi buang sebab kena bayar dalam 1 ker 2 pound. Fuhh nak buang ayer kena bayar semahal itu. Langsung terenjat tak jadi. Shukie, Long Hafiz (sibuk dengan hp dia)borak sambil tunggu akak.

Kat belakang tu restoren jual fish and chop..dekat 6 pound..dekat RM35.00.
Ada gak binaan moden dekat sini. Tapi tak ada pula binaan yang setinggi KLCC kat area sini.
tak ingatlah pulak apa nama pintu gerbang ni
Tak gi pun jejalan ke London Bridge /Tower Bridge sebab agak jauh gak nak menyelusurinya. Kami dah kepenatan. Bila tenguk London Bride ini teringat kenangan masa mengajar kanak-kanak tabika. Lagu yang selalu akak ajar "London Bridge is Falling Down".

Kami tak naik pun gi pun River Cruise menjelajah Sungai Thames sebab tempuh lawatan telah berakhir. Kalau ada pun mungkin tak naik kot.
Auntie,meh Shukie ambil gambar auntie kat sini. Waduh bagusnya ada yang sudi nak ambilkan gambar.
Suami yang tak suka bergambar pun kena paksa dengan Shukie,terima kasih Shukie sebab paksa uncle..kalau idak jangan haraplah suami nak ambil gambar kat sini
Balik semula ke Paddington, kena tukar 1 kali tube baru sampai. Balik pun ada orang kasi tempat duduk sampaikan Shukie jelous...
wah auntie macam vipp lah.
Taklah Shukie, agaknya mereka kesian tenguk muka auntie macam orang penat.

Oleh sebab last makan nasi goreng masa berhenti rehat di highway dalam pukul 10 pagi , perut terasa lapar. Nak makan nasi..nak makan nasi.

Dari tube Paddington nak ke hotel White Hotel Sussex Gardens Hyde Park memang banyak di jual makanan halal. Memang tak susah kalau perut lapar kalau bermalam di sini. Kebanyakkannya di jual oleh orang keturunan Arab. Kedai jual cenderamata pun banyak kat sini.
nasi lebih kurang cam nasi mandhi berserta ayam goreng dan lamb bbq, surau dan bilik hotel
Chicken Cottage nama restoran ni. Masa kami makan dah pukul 7.00 lebih, tapi keadaan masih terang benderang. Ada gak restoren KFC berdekatan, malas pulak nak mencuba sebab dah tentu rasa lebih kurang kat Malaysia. Bila nampak ada menu nasi terus order. Suami pula order daging kambing bbq, rasanya boleh tahan. Agak banyak sampai tak habis makan.

Shukie dan Long Hafiz makan ayam goreng. Suami bayar guna credit card. Bila check balik bil kad kredit kena dalam RM100 lebih. Memang mahal segala-galanya di sini..fuhhhh duk lelama boleh parah ni.

Ada gak nampak muka-muka orang Melayu, mungkin orang Singapura ataupun orang Brunei kat dalam restoren halal pada malam tersebut. Biasalah kat London ni mana nak bertegur sapa sangat. Lepas makan kami berpisah dengan Shukie dan Long Hafiz.

Terima kasih sekali buat mereka berdua yang sudi menghabiskan masa membawa kami jejalan pada hari ini. Lega dapat merehatkan diri setelah memulakan perjalanan dari jam 6.45 pagi.

p/s Long Hafiz ada buat contest
longHaffiz.com : Behind the Photo Contest 2011. Jomlah join

18 ulasan:

  1. segala-galanya mahal kan kak bila pergi negara yang tinggi matangwang nya

    BalasPadam
  2. saya cuma mampu tengok jer laaa... nak pegi tak mampu. hihihihi

    BalasPadam
  3. beshnya dapat jalan2 saya mampu memandangnya dari skrin jer :)

    BalasPadam
  4. Seronoknya...bilalah agaknya nak ke sana.

    BalasPadam
  5. Owhh.. Long Hafiz & kwn dia temankan kak & suami jln2 yer... bestnya dpt jugak jumpa student@blogger kat sana yer..

    BalasPadam
  6. Kak Ina,
    Saya kalau pergi berjalan kat Europe memang saya takkan minum air kecuali waktu malam...hehehe...sebab?Tak sanggup nak keluar 1 pound or 1 Euro just to melepas.Kak Ina pakai jacket nipis tu tak sejuk ke Kak Ina.Pada saya, even early summer kat Britain, saya masih menggigil lagi!!!

    BalasPadam
  7. jeles betul tengok gambar2 katini di london

    BalasPadam
  8. Bestnya k.Ina jln2 Landon...dah sampai sana tak sah kalau tak ambil gambar di London Bridge tu. kadar tukaran tinggi mmg mahal brg2 sana...

    BalasPadam
  9. hai kak,bila la ada rezeki nak kesana....seronok baca entri kak ina kat sana nun...

    BalasPadam
  10. best nya kak, tapi yg tak best tu..harga semuanya dlm pound..huhu

    erkk, nak FM satuu..hehe

    BalasPadam
  11. main pound2 tu yang pening..hehe
    negara kaya tu yang mahal2..
    apa kata pasni akak pergi china pula, sana murah jer..:)

    BalasPadam
  12. sonok nye akak g jalan2 kak ..

    BalasPadam
  13. bestnya..bila nak g ni..nak fridge magnet 2..hehe

    BalasPadam
  14. Suka sangat baca pengalaman akak travel sana sini..
    Tapi kan kalau kat sana akak nak buat panggilan atau terima panggilan mesti mahal kan roaming charge dia..

    BalasPadam
  15. mengenangkan duit pounds yg kena kali 5. sy pun dlm hati kata cukuplah sekali saja dah sampai london.

    kata mak, 'simpan duit. nanti kita pi umrah.'

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...