OOO

Rabu, Julai 13, 2011

Makan Bebek Panggang Lagi Di Restoren Seafood Haji Shahrin Low

Bila anak-anak dah besar ni, sorang..sorang meninggalkan rumah. Terasa sunyi terutama di sebelah siang sebab akak tinggal sorang ajer kat umah. Suami sibuk dengan kerjaya dan anak yang duk kat umah sibuk dengan pelajaran dan kawan-kawan.

Kalau mengadu dengan suami, selalu dia kata kenapa dulu tak nak anak ramai? Bagi akak dah cukuplah 5 orang anak, dulu akak bekerja, memang kelam kabut dengan urusan anak waktu tu. Nak pengsan kalau anak 10 orang.

Bila baca komen pembaca blog akak, mereka ashik kata akak ni rajin gi event sana dan sini. Salah satu sebab akak pegi sebab nak hilangkan rasa bosan duduk kat rumah. Sebab dari masa zaman akak kerja lagi akak memang dah biasa sibuk dengan aktiviti dengan kanak-kanak dan mesyuarat di sana sini.

Jadi jangan hairanlah akak ashik join event sana sini lagi sebab sebelum pergi akak minta kebenaran suami dan selalunya akak pegi berdua dengan anak ke dua akak. Janji akak tak melakukan perkara tak senonoh udahlah.

Maaf yer teringin nak pot pet pot petlah pulak..bosan gak ni..duk umah sorang lagi.
Bila anak-anak balik, rasa seronok walaupun kat rumah riuh rendah dibuatnya. Akak ajak suami belanja makan kat luar. Dah lama tak pekena Restoren Seafood Haji Shahrin Low kat Bukit Antarabangsa. Akhir pergi pada tahun lepas bersama-sama 5 orang anak. Kalau nak tenguk gi kat halaman kat atas tu..ada tab jalan-jalan cari makan.

Restoren ini adalah salah satu restoren China Muslim yang menghidangkan masakan stail China dan salah satu menu popolur ialah itik panggang.
Pilihan kami kali ni, kambing masak herba ni sedap walaupun harga agak mahal sedikit, ada gak sup sayur dan semestinya ada itik panggang. Kami order gak tauhu sos ketam
air macam-macam..sedap rasa air kedondong campur asam limau ni
Macam biasa kalau makan di restoren ni memang habis licin di makan oleh kami semua. Bil baru RM132.00. Kalau di ikutkan baru dalam RM22 lebih sorang sahaja. Berbaloi baloi makan kat sini.
Budak sekarang tak sudah-sudah dengan handphone , naik geram dibuatnya. Kalau Yana balik mesti Imran rasa happy sebab dia memang manja dengan kakak dia. Sedih gak sebab sorang lagi anak tak ada.

Bahagia rasa hati seorang ibu bila dapat melihat anak-anak di depan mata. Siapa yang masih ada ibubapa, jumpalah mereka selalu sebab akan hilang segala rindu di hati.
Memang dari dulu lagi akak dah ajar anak-anak dari kecik lagi, sape yang belanja makan, reramai dalam kereta sebut..terima kasih ayah...sebab ayah yang belanja.(sekarang tak payah ajar mereka dah pandai)

p/s masa makan terjumpa dengan mak Shaheizy Sam,
Khaty bersama anak lelaki dan seorang cucu..comel betul cucu beliau. Nak ambil gambar dengan dia rasa segan sebab beliau tak makeup dan pakai sempoi ajer.

Kecian gak ek bila baca berita abang Shaheizy Sam Bekas pelakon, Samzy Fuzette A. Samad yang juga abang kepada pelakon, Zizie Ezette kekal menjalani hukuman penjara, selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak rayuannya berhubung kesalahan memiliki syabu, enam tahun lalu.

Address:

1 Lorong Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang
Tel: 012 373 1999
Opening times: Sat-Thurs, 11am-11pm; Fri, 4pm-11pm.
Halal: Yes

17 ulasan:

  1. itik panggang?!! ui..memang teringin..tp kalo boleh tanak nampak langsung rupa itik nya tu..

    BalasPadam
  2. thank u kak buat review dan alamat dh lame nak merasa mkn kat restoran ni

    BalasPadam
  3. hari tu mencari gak restoran ni. tapi tak jumpa ;((

    alhamdulilah sudah merasa itik panggang di restoran abdullah chan.
    ;))

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kak Ina

    itik panggang....
    bila la agak nya nak pergi lagi ni...

    Wassalam

    BalasPadam
  5. teringin nk mkn itik panggang tp x tahu nk mkn kat ne..thanks kak ina share benda ni..;p

    BalasPadam
  6. Seronok dpat makan anak beranak kak Ina kan.

    BalasPadam
  7. terima kasih ayah..!! nanti kid akan praktik kan? hehhehe
    Tunaikan Hajat Moyang ILHAM

    BalasPadam
  8. Salam K.ina..klu semua anak2 brkumpul mmg best....xder sorang mesti kita sedih.akak untung gak ada 5 org anak,atie nie lg ciput tp Alhamdllh.ada gak zuriat.sa,a lar nkgan anak2 atie klu belanja makan/belikn apa2..mesti ucapt/kasih kat atie & HB...sejuk perut mengandung kan K.Ina.

    BalasPadam
  9. Family yang bahagia..alhamdulillah..=)

    sedapnya kak ina!sy lum pernah cuba..insyaAllah one day..

    BalasPadam
  10. budak2 kat rumah ni pun sama kak ina..lepas makan je sebut..terima kasih abah terima kasih ibu...agaknya bersyukur sgt derang dapat makan...dlm waktu mak abahnya yg sibuk memanjang ni...

    p/s teringin pulak nak makan bebek..belum pernah makan lagi ni...

    BalasPadam
  11. terima kasih KAK INA sebab nak belanja saya dan geng talibarut makan2x.....hehehehe

    BalasPadam
  12. huhuhu betui kak .. kalau anak2 dh beso , petu diog ado life sdiri sure sunyi kan .. huhuhu tetiba i tringat mama i ..

    tp zr now walau dh kwin ado anak, stil dok dgn mama heheheh .. weekend je weols balik umh sdiri , that time harus le diorg plak sunyi ..

    akil dh beso ni , zr pun rs sunyi psl dia dh pandai bwk diri .. tingi nak baby , tppppppp lum rezeki lg

    BalasPadam
  13. uihh mnggodanye kak makanan kat ctu !
    fuhhhh

    BalasPadam
  14. kalau kat situ peberet azue Ketam Telur Masin n Butter Prawn...x sah kalau a order yg tu...huhuhu....

    BalasPadam
  15. saya pun selalu ajar anak2 ckp terimakasih pada sesapa yg kasi apa2 atau belanjer makan..

    BalasPadam
  16. Waahhhh...sedapnye kak ina, boleh try le nanti :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...