OOO

Khamis, Julai 07, 2011

Menonton Wayang Bersama Pelakun Tolong!Awek Aku Pontianak

Tolong!Awek Aku Pontianak

Dibintangi oleh

Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin dan Bell Ngasri.

Pengarah : James Lee

Mula tak perasan sape pelakun yang berlakun sebagai agent rumah baru Bob..rupanya Afdlin Shauki. Macam biasalah Afdlin kalau berlakun selalu jadi mamat poyo.
Lakunan Zahiril Adzim memang berbeza dengan lakunan beliau dalam drama seri Juvana TV3. Sekarang ni hangat pasal beliau menulis novel bertajuk “Bogel Menuju Tuhan..fuhh tajuk..mesti jadi isu lepas ni.

TAAP mengisahkan tentang percintaan dua dunia berbeza antara Bob dan Maya. Bob berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya, Ina, Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartmen lain.

Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik, iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti Pontianak mereka terbongkar. Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik.
Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan berpakat dengan Pian untuk membongkar identiti Maya dan Liyana.

Tetapi keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak iaitu Nadia lakonan Nurul Wahab yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Bagaimanakah kesudahan filem ini?
Lakunan Zahiril Adzim sebagai Bob yang lurus bendul (Imran sebut..nobbb..nobb) memang menjadi bila digandingkan bersama Sazzy Falak. Kelakar wei tenguk rambut beliau dalam cerita ni. Beliau berkawan baik dengan Syanie dan seorang lagi..ala lupa pulak dah nama dia.
Makeup Sazzy Falak (Pontianak-Maya) agak menakutkan juga dan lakunan beliau tidak mengecewakan.sayangnya Sazzy tak datang pada hari tersebut
Liyana (Liyana Jasmay) adik kepada pontianak Maya yang sentiasa menyokong setiap tindakan kakak beliau. Paling kelakar bila dengar suara Liyana bila dia bertukar jadi pontianak.
Pelakon Sufian Mohamed, 25 berasal dari Mersing rupanya mempunyai memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Kolej Lagenda, Negeri Sembilan dan pernah berkhidmat sebagai jurutera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau yang berlakun sebagai kawan baik Bob bernama Pian yang tidak bekerja dan tinggal serumah bersama Bob. Paling kelakar bila adegan romantis mereka berdua sambil bertentang mata di anggap seperti pasangan sedang bercinta (bukan gay okkk)
Nadia (Nurul Wahab) pontianak jahat yang datang dari Johor ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu mencari Maya. Nurul datang bersama mat salleh..tak taulah sape.
Lakunan Bell Ngasri sebagai pembantu
bomoh selebriti (sebut betul-betul....Aaron slam bachh (Harun Salim Bachik) memang tidak mengecewakan. Kelakar sungguh weiiii.
Amir tak berlakun cuma datang sebagai penonton. Imran syok sungguh jumpa Amir, siap salam dan sebut..abang amir, ayah saya suka dengan abang...
Tali baruts yang memenuhkan panggung menonton pra tonton Tolong!Awek Aku Pontianak anjuran MAXIS MOVIES di TGV WANGSA WALK pada malam Selasa lepas. Terima kasih buat Hamzah , JMR dan Hazman yang sudi memberikan 3 tiket kepada akak.

Blogger yang hadir :
1. JMR bersama aweks Kampung Pisang
5. Ujang yang kelakar
6. Yana

Sama-samalah kita menonton filem tempatan ini di pawagam mulai 7 Julai 2011. Tak rugi menontonnya sebab ashik tergelak ajer kat dalam panggung. Akak bagi 4/5 betul akak kata..tak rugi tenguk cerita komidi romantik ni.

Info dari Gua.com.
Filem yang menjalani penggambaran selama 25 hari ini menelan kos sebanyak RM1.5juta

JOM JENGUK SINI PULAK

1. DIGI SUPER RELOAD YOUTH



3. INFO PASAL SAMSUNG GALAKSY S2

16 ulasan:

  1. baca review k.ina ni mcm nak g tgk

    BalasPadam
  2. wah beznye dapat g preview

    BalasPadam
  3. amir?? amirr.. waaaaaaa... nak saiinnnnnn.. hahahahaaa
    Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

    BalasPadam
  4. waaa glamer kak ina...semua artis ajak kak ina bergambar hihi

    BalasPadam
  5. hye acik ina!!! nice to meet yu!! hehe~ sempoi je kn pelakon2 filem ni..i loike! zahiril sgt macho ouh..wink wink ^_^

    BalasPadam
  6. x perasan pun akak mlm tu....

    BalasPadam
  7. dah lama tak g tengok wayang ni..

    BalasPadam
  8. cam best je citer ni.lama dah xtengok wayang..huhu

    BalasPadam
  9. iyshkkk... jelez... nak jugakkk///

    BalasPadam
  10. wahhh cam best jek citer ni Kak Ina

    BalasPadam
  11. Hehehhe....tiket tu thanks to JAMAR..tapi bagus la akak siap buat research lagi pasal pelakon tue...good review

    BalasPadam
  12. best cite dia...=)

    pelakon pon sempoi..., akak bila nk belakon..=)

    BalasPadam
  13. tahniah akak....bertuah dpt jmpa mereka2 ni...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers