Khamis, Julai 07, 2011

Resepi Ikan Cencaru Seksi [Belah belakang]

Akak pun gunakan nama yang di beri oleh Kak Hanieliza..seksi kan bila tenguk ikan di belah belakang camni. Selalunya akak suruh ajer tukang jual ikan tolong belahkan. Pisau kat umah akak ni tak tajam sangat. Sambal pulak akak pakai blender ajer tak kuasa nak tumbuk.

Bahan
  • 4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang],lumur dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • minyak secukupnya
Bahan Sambal/Mesin
  • 2 batang serai [racikkan]
  • 4 ulas bawang merah
  • 6 tangkai cili merah
  • 2 sudu besar kelapa parut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan daun kunyit [mayang halus]
  • 3 biji limau kasturi [belah 2 dan buangkan biji]
Cara membuat
1. Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit. 2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru menggunakan sudu.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..

4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua-dua belah ikan tu.

5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.

6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.

9 ulasan:

  1. seksi nya hingga terliur2.. kalau dpn mata ni dah lama ngap! :D

    BalasPadam
  2. kak, mmng tgh mencarik2 resepi ni..adoi..terliur sungguh laa..

    BalasPadam
  3. Kat resepi atas tue ada 1/2 cawan...err 1/2 cawan apa?

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum K.Ina...sy mmg suka ikan belah seksi gini...sumbat kelapa..sedap mkn dgn nasi.ikan cencaru ni nasib baik kat sini ada jual...bila terasa nak mkn boleh masak.

    BalasPadam
  5. tang seksi tu i LIKE!!!..hihi..

    mmg sodapp lagi menjilat jari:))

    BalasPadam
  6. time buka puasa sedap makan...

    BalasPadam
  7. terima kasih tanpa..akak dah edit balik..c & p camtulah jadinya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...