OOO

Jumaat, Julai 08, 2011

Resepi Nasi Ketumbar


Sana sini orang hebuh buat nasi ketumbar.  Akak pun tertarik gak nak buat tapi nak cari daun ketumbar kat kedai umah akak ni payah.  Bila dah jumpa akak buatlah.

Banyak resepi nasi ni mereka tak gunakan bahan penumis.  Bila akak terjumpa resepi kat http://mothercooks.blogspot.com/ akak pun ikut stail dia.  Terima kasih buat beliau.  Resepi asal dari
Q'ien @ MyR.

Bahan-bahan:
  • 3 pot beras basmathi
  • 3 sudu besar mentega - akak guna mentega dan minyak jagung
  • 1 biji bawang merah - dimayang halus (aku letak 4 biji)
  • 1 inci halia - mayang (aku tambah)
  • 3 biji bawang putih - mayang (aku tambah)
  • 3 batang daun ketumbar -diblender halus dan tapis
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam
Bahan tumis (aku tambah)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 camt lada hitam
  • 5 biji buah pelaga

Bahan hiasan (aku tambah)
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun ketumbar
  • Badan panggang
Cara-caranya:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah tumis hingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawnag putih dan halia dan goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

4 ulasan:

  1. fuhh..kena suruh mak buat nih. lama tak rasa..

    BalasPadam
  2. tak pernah makan lagi nasi ketumbar nih..

    BalasPadam
  3. Kak Ina..terima kasih sudi cuba resepi ni...mieza pun suka dgn nasi ni..mieza follow akak..jemput follow mieza juga :) nnt mlm nak blogwalking kat sini :D

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers