OOO

Ad

Rabu, Julai 20, 2011

Sony Ericsson W8-Apa Ada Dengan W8???

Korang pernah tak mengalami situasi sebegini???
Suka mendengar muzik dengan kuat macam nie???


Bila dua-dua mak cik nie menjerit...1 (satu) kampung dengar suare dia orang!!!!!!!!!! macam suara tarzan menjerit dalam hutan!!!
Dimarahi kerana menganggu mak/ayah/abang/adik/jiran dengan muzik yang kuat??
Tak Tahan Selalu ditarik telinga??

Berasa kesunyian tanpa muzik??
Stress dengan handphone yang sedia ada??

Jadi apakah jalan penyelesaian untuk semua soalan diatas??
Sony Ericsson memperkenalkan...
W8!!!Smartphone pertama didunia dlengkapi dengan Android OS dan juga Walkman..
Seriously, handpone ini memang teramat-amat kecil, juga yang paling best ianya teramat lah ringan. Berat handphone ini hanya 104 gram sahajam sama berat dengan minyak rambut aku.. tak rasa pun berat handphone ini bila dimasukkan ke dalam poket.
Handphone ini menggunakan Sistem Operasi Android versi 2.1 Eclair yang memang teramat smooth dan lancar bila menggunakannya dengan kelebaran skrin 3 inci.

Memang agak memuaskan untuk melihat video atau gambar. Kelajuan processor adalah 600mhz dan ada 3G dengan kelajuan 7.2 Mbps.

Fungsi-fungsi yang ada dalam handphone nie adalah:
  • Track ID(boleh tahu tajuk lagu dan penyanyi dengan merakam sedikit bunyi lagu tersebut)
  • Wisepilot(navigasi supaya korang tak sesat)
  • Android Market(untuk korang mencari software untuk Handphone nie secara percuma atau berbayar)
  • PlayNow(untuk korang menghiasi handphone korang dengan wallpaper, screen saver dan juga ringtone)
  • Kemudahan Wifi, Bluetooth dan juga 3G
Untuk bateri pulak, ujikaji yang telah dibuat selama seminggu untuk handphone ini, keputusannya adalah:
  • Bertahan sehingga 3 hari dengan penggunaan minimum (Telefon dan mesej)
  • Bertahan sehingga 1 hari dengan penggunaan maximum(Muzik,Kamera,Bermain Game, Melayari Internet)
Bagi aku, memang handphone boleh bertahan agak lama sebab kadar bateri yang agak kuat untuk bertahan dan memudahkan korang agar tidak selalu cas handphone...jimat elektrik...hehehehe....
Satu lagi fungsi yang menarik yang ada pada handphone ini adalah Timescape. Timescape nie adalah satu program yang senang untuk korang menyimpan semua data-data member korang seperti nombor telefon,mail, facebook dan juga twitter dan yang paling menarik korang boleh tengok di menu utama..sungguh awesome!!!
Untuk fungsi kamera, ianya menggunakan kamera 3.2mp dan ada 4 mod yang senang untuk korang pilih dengan saiz handphone yang kecil dan kualiti kamera yang agak memuaskan, jadi agak mudah untuk sesiapa yang tak nak pening-pening kepala nak pikir mod yang sesuai atau nak ubah setting yang agak mengelirukan..

Ghh yeah ada gak geo-tagging..geo-tagging nie berfungsi bila korang nak bagitau kawan-kawan korang lokasi gambar korang ambil.
Auto : Sesuai untuk semua keadaan...
Beach/Snow: Untuk keadaan pantai yang agak terang oleh kerana sinaran matahari..so mod ini akan membuatkan gambar korang tidak terang sangat.
Twilight: Agak sesuai bila keadaan matahari mahu tenggelam..jadi gambar korang akan lagi terang
Sports:
Untuk mengambil gambar ketika orang bersukan..bila gunakan mod ni gambar tidak akan kabur malah akan menjelaskan lagi gambar tersebut

Untuk sound plak, Walkman phone memang xpernah menghampakan bunyinya terutamanya kepada sesiapa yang bercitarasa tinggi dalam bunyi muzik. Kalau korang tak percaya nie adalah muzik yang dimainkan di handphone W8 nie...
Lagu credit kepada The Lion Story

Betul kan cakap aku, walau apa pun genre lagu yang dimainkan di handphone ni, memang teramat sedap dan tidak pulak aku dengar bunyi "pecah" bila lagu dimainkan dengan suara yang maksimum...
Oppss wait seminit..nie nak citer pulak pasal speaker yang turut disertakan bila korang beli handphone ini kat Digi..
Speaker ni memag teramat-amat syok bila digunakan sebabnya korang boleh dengar lagu dengan begitu kuat tanpa diselubungi dengan bebelan makcik-makcik. Sila tengok video untuk mendengar sampel lagu yang dimainkan menggunakan speaker ini..
Lagu credit kepada My Chemical Romance
Lagu credit kepada P.Ramlee

Hahahaha korang dengar tak?? Lagu keroncong pun ada...ni nak membuktikan speaker ni memang agak terbaeekk dari ladang sebab sekali lagi tidak menghampakan aku dengan bunyi yang superb dan awesome.

Keseluruhannya bagi aku handphone nie memang agak bersesuaian dengan pengemar-pengemar tegar muzik seperti aku nie. Kepuasan yang ada ketika mendengar lagu pada handphone nie tidak boleh digambarkan dengan kata-kata sebab memang teramat syok.


Lagi pula menggunakan Android yang bagi aku memang menepati citarasa orang-orang muda seperti aku. Aku rasa-rasa kenapa ianya di panggil smartphone ni W8 sebabnya:
  • Waiting(W+8+ing) : penungguan yang berakhir untuk peminat2 muzik dan juga Android..
  • Weight(W+8) : Memang tak berat langsung smartphone nie..kecil dan ringan..
Korang dah tertarik dengan handphone ni tak? Sekarang ni korang tak payah nak pening-pening macam mana nak dapatkan handphone ni sebab Digi ada membuat pakej yang agak murah untuk korang.

Korang boleh memiliki handphone ni dengan harga serendah RM99.00 ..bukan USD99 atau GBP99..RINGGIT MALAYSIA mehhh!!!!

Jangan nak gosok mata beratus-beratus kali..memang betul cuma RM99.00 sahaja.

Bile korang mengambil pakej ini secara gear automatiknya korang akan dapat:
  • Digi Music Play yang telah dimasukkan kedalam handphone ini dengan PERCUMA 12 bulan langganan
  • Internet tanpa had dan juga tanpa mininum panggilan
  • Percuma 5 MP3 Ringtones
  • Percuma 2 CallerTunes™ vouchers
  • PercumaWallpapers Artis terkenal
  • Percuma Sony Ericsson Stereo Speakers mudah alih yang berwarna Merah Metalik
  • Percuma Opera Mini™ untuk kelajuan melayari internet
Memang banyak untung ooo amek pakej ni, apa lagi....jom lah serbu ke kedai-kedai Digi untuk mengambil pakej handphone ni...This Best Bro!!!

FAQ:Frequently Asked Question

Q: Android 2.1 je ke?? Tak boleh update ke??
A: buat masa sekarang handphone ni boleh ke Android 2.1 saje dan tak boleh update ke firmware yang lebih tinggi..mungkin boleh update di masa akan datang..


Q: bro mane nak dapat pakej handphone yang teramat awesome ni??
A: Pergi saja dekat mana-mana Digi Centre yang berdekatan

Q: akak cuba usha dekat kedai handphone lain tapi kenapa tak ada warna merah??
A: warne merah ni hanya untuk Digi saje..macam limited edition la...

Q: Pakcik ni suka dengar lagu...handphone ni kocik bebeno..tak nampak mato den nanti..bebaloi tak pakcik ambek handphone ni??
A: Berbaloi la pakcik..jangan risau sebab walaupun handphone ni kecik tapi paparan skrin memang besar..so tiada masalah.

Q: Mane nak dapat speaker?? gile gempak syiott...saye suke!!!
A: Bile anda mengambil pakej diatas, anda akan dapat speaker tersebut secara percuma...


Sekian saja hasil review saya mengenai handphone ini..harap maaf kalau review saya tidak sehebat orang lain.. Terima kasih atas sokongan anda.

12 ulasan:

  1. hihihi, comel jek review kak ina ni...

    BalasPadam
  2. hurmmm....dah kira okey gak la review nie..cuma kalau dibuat dalam 2,3 post entry better kot...lebih spesifik

    BalasPadam
  3. ha, aritu nk sgt review..rasain.. berkajang2 die bg der..he3

    BalasPadam
  4. fuhhh..best..adik ipar saya mesti suka ni..dia memang suka bak2 mp3ni..gambar pun cantik..kecik,senang masuk poket...

    review memang menarik....keep up a good job..

    BalasPadam
  5. pergh!! jarang sy baca sampai habis kalau orang buat review pasal gajet2 ni sume..tp kali ni..dari kali ni saya khatam N3 review akak ni..

    best!!!!

    BalasPadam
  6. wau!! dah kuar dah reviewnya..

    good info kak..

    JOM BACA NI : MENANG DETTOL DARI REDMUMMY

    JOM BACA NI : TRAVELODGE DOCKLANDS MELBOURNE HOTEL

    BalasPadam
  7. wow..mmg tbe2 berkenan je hp ni..duk carik hp bru ni..

    promo ni still valid sampai bila?

    BalasPadam
  8. hehehe..comel lah kak ina buat..tahniah daus sebab berbaloi daus menari2 masa men game itu hari..hehehe

    BalasPadam
  9. haha.. thniah daus.. hoho... nice gk review ang...

    BalasPadam
  10. yea saya suka samsung. hat ni sdg gundah gulana nak samsung SII @ samsung ACE ke tetiba ada lg samsung W8. amboi dh pening dh.. jgn tetiba beralih arah ke iphone sudah..
    ------------
    LIKE & refferal la tuk saya.
    update blog: http://way2healthynbeauty.blogspot.com/2011/07/aku-mahu-menjadi-ratu.html/

    BalasPadam
  11. Salam..nak tnya,camne nak off bunyi kamera bla snap pic..tau ke..ke kna guna software len yg leh snyapkan sound kamera tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers