OOO

Ahad, Julai 10, 2011

Sotong Goreng Tepung Lagi

Kalau akak malas nak goreng akak suruh manager akak ajer tolong goreng, dia rajin sebab dia paling suka makan.
Bahan-bahan
Sotong 1 kilo - dibersihkan dan di perah asam limau kasturi. Cuci semula dan toskan kering.

Tepung gandum 1 cawan

Tepung jagung - 2 sudu besar

1 camca teh serbuk kari daging-nak pedas tambah lagi

1/2 sudu teh lada sulah/lada hitam

1 biji telur - di pukul sebentar (kalau tak cukup tambah lagi satu biji)

minyak dan garam secukupnya


Cara-caranya
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
2. Celup sotong dengan telur yang telah dipukul.
3. Salut dengan tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas.
4. Tunggu hingga kekuningan..bolehlah di angkat..sotong tak boleh lama..nanti keras kejung.....
3. Hidangkan segera dengan cili sos ,makan panas-panas tu sebab kalau nak makan baru goreng....

8 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers