OOO

Khamis, Ogos 04, 2011

Alahai Bukan Patah Riuk Pun

Tentu ramai dah tenguk berita/suratkhabar pasal budak-budak yang bermasalah yang di katakan kena dera dalam penjara. Kenapalah nak di perbesarkan isu ni...dah macam jadi isu negaralah pulak sampai masuk berita dan paper. Dah tentu pihak sekolah tau apa masalah budak-budak ni dan mereka tentu nakkan budak-budak ni dapat pengajaran bila dah duk dalam penjara.

Program yang di panggil Price of Freedom sebenarnya adalah untuk memberi motivasi kepada mereka bagaimana akibatnya jika melakukan perkara-perkara buruk di masa akan datang. Bila dah rasa duk kat dalam, tentu mereka akan berfikir beribukali bila nak melakukan perkara jahat di masa akan datang.

Akak tak setuju sebab ibubapa mereka ni dengar cakap anak-anak mereka yang memang dah ada masalah disiplin kat sekolah. Apalah salahnya jika mereka tinggal dalam penjara, bukan duk berbulan cuma beberapa hari sahaja.

Tenguk gambar budak-budak tu taklah patah riuk pun, taklah berdarah ataupun ada yang lebam-lebam kerana dengar cerita disebabkan kena dera oleh petugas penjara. Boleh senyum lagi..tentu dalam hati mereka kat..glam gak jadi camni...fofolur seantaro Malaysia.
imej dari google
Teringat dulu masa kecik, bila pertama kali jumpa guru mengaji dan sekolah, abah akak akan bagitau supaya pukullah anak saya cikgu/tok, jangan patah riuk udahlah. Pernah semasa akak 3 beradik melintas jalan tak gunakan jambatan kat Jalan Setapak waktu pagi semasa nak kesekolah kami telah di pukul di depan murid-murid lain semasa perhimpunan pagi.
Malunya kami tiga beradik masa tu, sebenarnya kami melintas dengan uncle van sekolah yang lambat datang. Bukan kami melintas sendiri, sejak itu kami takut lagi nak lintas jalan walaupun masa tu jalan taklah sesak macam sekarang. Bila uncle van suruh lintas jalan pun kami takut, sebab nanti kena pukul lagi dengan rotan dengan cikgu displin.

Janganlah kita terlalu emosi bila anak bagitau kena pukul/dera/rotan, tapi kita kena tau juga kenapa pihak sekolah buat program tersebut. Dah tentulah pihak sekolah berniat baik supaya anak murid mereka akan berubah ke kelakuan yang lebih baik dan mereka mendapat pengajaran apa yang telah mereka lakukan selama ini.

Bersabarlah dan janganlah dek perkara ni ibubapa pelajar tersebut beremosi sampai naik marah sehingga hentak meja masa perbincangan dengan pihak berkenaan. Tentu anak mereka naik seronok sebab ibubapa mereka tak marah mereka walaupun mereka mempunyai masalah disiplin. Makin naik tocanglah mereka nanti, kononnya ibubapa mereka sayangkan mereka.

Janganlah manjakan sangat anak mereka takut nanti dah terlambat baru nak sedar. Masa tu menangis air mata darah pun tak berguna lagi sebab nasi telah menjadi bubur. Kalau nak melentur buluh pun patut dari rebung kalau dah jadi buluh tak guna sebab dah keras. Orang tua-tua pernah berkata..sayangkan anak di tangan-tangankan , sayang isteri.........

p/s anak lelaki akak pun pernah kena rotan kat sekolah sebab buat salah. Nak buat camner sebab mereka nakal.

Agaknya kalaulah anak-anak anda kena camni, apakan tindakan anda?

14 ulasan:

  1. FIRRRRRSSSSSSTTTTTTTTTTTT

    setuju dgn akak. tgk budak2 tu pon tahu ni kaki malas belajar dan nakal

    BalasPadam
  2. setuju dgn pendapat akk

    sy tengok kawan2 sy pun parents dowg manjakan sgt. kena pukul ngan rotan nangis bgtawu mak. padahal bkn sakit pun. pastu salah dia jgk..

    btw saya follow blog akak sini yer :)
    hihihi

    klu free datanglah belog comot sy

    belogcintasaya.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Dulu kalau ngadu kena rotan, harus ayah tambah lagi. Dulu tak der pun rasa nak ngadu-ngadu ni. Hal kat sekolah kat sekolah jer. Tak der pun nak panjang-panjang sampai ke rumah.

    BalasPadam
  4. setuju dengan pendapat akak.sebab rasanya program tu bagus dan sebab tu la diteruskan juga.dah nmpk keberkesanannya. bukannya ken penjara betul2 pun kan, cuma nak bg kesedaran supaya di masa depan jadi org yg berguna dan tak timbulkan masalah

    BalasPadam
  5. dulu masa aku kena rotan dengan cikgu memang tak bagitau mak ayah laa.. sebab sendiri tau dah buat salah.. huhuhu

    BalasPadam
  6. bagus sekolah buat mcm tu..lagi bagus kalau semua sekolah buat mcm tu...

    kakina..adikberadik sebelas org ye
    mcm kte jugala...hehehe

    BalasPadam
  7. tu lah, nak komen lebih nti org ckp sya x de anak yg bersekolah. tak tahu perasaan mereka. kesian juga usaha cikgu2 dan PIBG telah di salah tafsirkan. niat mereka murni dalam membentuk displin pelajar yang bermasalah setelah mendapat didikan awal yang sepatutnya mereka terima di rumah dari ibu bapa masing2. bila jadi sebegini.... entah la akak...

    BalasPadam
  8. dua hari lepas,anak saya nurul bgtau ada kawannya kena rotan dgn guru bear sampai terluka & berdarah dan ada cikgu lain suruh budak tu buat report...saya jawab pd nurul..
    "biarlah dia kena pukul.mesti dia ada buat salah.takkan guru besar saja2 nak pukul"
    dia diam ja..& saya yakin luka tu tak banyak mana pun.
    infact masa sekolah dulu kawan saya pernah kena pukul dgn pembaris besar & terluka jg sebab kebetulan pembaris tu pecah sikit kat hujung tp cikgu tak perasan.tapi dulu2 tak de sapa kisah nak komplen bagai.cikgu2 pun taklah bertindak keterlaluan.

    HIKMAH YANG TERSEMBUNYI

    BalasPadam
  9. setuju sangat dengan n3 kak ina sangat bernas ni!

    BalasPadam
  10. no wonder la anak2 jadi nakal macam tu, mak bapak pun bukan jenis yang bersopan dan berbudi tinggi...huhuhu...from: MEL

    BalasPadam
  11. kak ina,

    bestnya tengok gambar klasik kat atas nun...sungguh nostalgik...

    anak lelaki Ina pun penah sekali kene rotan tahun ni sbb buat salah...bagi Ina, itu cara cikgu nak mengajar supaya murid x buat salah lagi dan paham kesalahan yg dia buat...dan alhamdulillah,till now dia dah serik nak buat lagi

    BalasPadam
  12. salam kak ina..
    saya setuju dgn pndapat akak..ramai remaja sekarang dimanjakan sangat oleh parents..mcm kes yg ni kadang2 parents cuma dengar dr side anak je tp x tanya pun dr pihak yg satu lagi cerita sebenarnya..kebanyakan yg blaku spt apa yg sy perhatikan, remaja spt ni suka tokok tambah cerita bila blaku sesuatu hal..dia dah tahu dia yg bsalah tp nak elakkan dipsalahkan, jd dia timbulkan cerita yang bukan2..hurrmmmm : nong

    BalasPadam
  13. manja,btl tu

    saya dulu kena rotan x berani ngadu dgn umi n abah

    karang kena tabah lagi,hadoiiiii

    BalasPadam
  14. salam kak...rupe2nye ramai yang tak setuju dgn tindakan pelajar sek tu dok report,,,,,ingt sy sorg je.. hehe...hmm bdk2 skrg makin mnja...len kali klu tak nk kne cmtu jgnlah dok wat salah laku disiplin kat skul lg....ye tak??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers