OOO

Sabtu, Ogos 13, 2011

Ayam Masak Merah Madu Dan Nasi Hujan Panas Lagi

Terima kasih di atas sokongan member-member di alam maya baik yang akak pernah jumpa dan belum pernah bertentang mata.  Begitulah adat resam manusia di dunia ini.  Rambut sama hitam, hati lain-lain, bukan semua sukakan apa yang kita tulis..tapi tak perlah yang baik jadikan panduan dan yang buruk jadikan sempadan.
Salah satu makanan kegemaran anak-anak.  Kalau buat selalunya habis.

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam potong 8
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 3-4 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar madu
  • 1 batang serai-ketuk hujung
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • minyak
garam
Cara-cara
1.  Bersihkan ayam dan toskan.  Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.  Tak payah garing.
2.  Kisar bawang besar, bawang kecil dan bawang putih.
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga terbit bau.
4.  Masukkan cili kisar  dan kacau sehingga cili masak dengan api sederhana.
5.  Masukkan sos cili dan sos tomato dan sedikit air.
6.  Setelah itu masukkan madu dan tambah lagi sedikit air.
7.  Masukkan ayam dan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit.
8.  Masukkan garam jika perlu dan bolehlah di angkat.
9.  Hidangkan dengan nasi sedap (nasi beraini ker, nasi tomato ker)
Selalunya makan dengan nasi sedap.  Barulah best.  Kali ni akak rajin nak mewarnakan nasi ini.
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
  • 6 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan-disiat dan disimpul
  • pewarna merah, hijau dan kuning
Bahan Tumis
  • 1/2 inci halia - akak hiris  lebar
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyakmentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara Memasak:-
1.  Panaskan minyak dan mentega, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. 
2.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar. 
3.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. 
4.  Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. 
5.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan.    
6.  Bila nasi telah benar-benar masak, kaup balik nasi hingga rata dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah.

12 ulasan:

  1. huhuhu...boleh di pertimbangkan menu nie masa nak pergi pasar ramadhan nanti.... hihihihi

    BalasPadam
  2. Sedapnya...berbuka dengan menu ini...

    BalasPadam
  3. Kak Inaaaa....sedapnya ayam tu..peberet anak2 Liza ni..

    BalasPadam
  4. Wah! Mengundang selera la K'Ina..

    Belum pernah jumpa K'Ina :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak Ina

    solat dulu baru makan nasi ni...kalau tidak melepas Magrib nanti...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  6. mama kami pandai buat menu nasi hujan panas dgn ayam masak merah ni..
    mmg sedap, jiran2 kami pun suka..:)

    BalasPadam
  7. nasik hujan panas sedap di makan! nyum2

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Akak, kalau nk masak utk 30 org, mcm mana ye, hrp akak dpt bg sukatannya. Tq

    BalasPadam
  10. Akak, kalau nk masak utk 30 org, mcm mana ye, hrp akak dpt bg sukatannya. Tq

    BalasPadam
  11. lina..akak buat ni untuk5 orang dewasa makan..kamu gandakan 6 kali resepi ini

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...