OOO

Khamis, Ogos 11, 2011

Butter Prawn@Udang Goreng Mentega (Versi Lain)

Dah lama tak buat butter prawn.  Resepi dulu kat SINI dan kat SINI .  Kali ni akak buat ikut resepi versi ke 3.

Bahan-bahan lain sama cuma ada tambahan susu cair. Akak buat setengah dari resepi kat http://bvlgarigirl.blogspot.com.  Tapi kan frust sebab tak jadi sangat sarang tulah..nasib baik sedap.

Bahan-Bahan nya:
  • 1 kg udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
  • minyak
  • 250 gm unsalted butter (yg tak masin punya ok, mmg lah unsalted tu tk masin la)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 6 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
  • 8 biji kuning telur
  • 250ml susu cair full cream
  • aji no moto (jgn letak byk nanti rambut gugur. ye ke?)
  • garam
  • gula
  • 1 sd teh sos ikan
Cara memasaknye
  1. Perap udang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Jangan masak sangat. 
  2. Toskan. Pukul kuning telur dan susu hingga kembang. 
  3. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. 
  4. Tumis bawang putih hingga kuning dan masuk cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. 
  5. Kacau hingga bersarang dan garing. Kalau nak lebih bersarang, petuanya kuali itu kena betul2 panas. 
  6. Toskan kejap hilangkan minyak2 tu semua. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.Makan dgn nasi panas2 atau ratah aje.

10 ulasan:

  1. nanti nak cubala kak resepi ni..manala tau kut2 menjadi..

    BalasPadam
  2. Akak jahat!!!! Meleleh ayaq liuq saya nih!! :(

    BalasPadam
  3. my favourite niii..

    dulu pernah try tp xpernah menjadi sarangnya tuu..
    nak kena try lah nanti guna resepi kak ina ni :d

    BalasPadam
  4. Hi Kak Ina...my Hubby and son's fav dish! Love ambik kerak2 dia je coz tak makan udang.

    Akak, check mail ye :)

    BalasPadam
  5. mengiurkan mulut, memanaskan mata yg melihat udang2 itu. huhh!

    BalasPadam
  6. Ooh nampak sedap sungguh! Kalau dpn mata, mesti family saya licinkan pinggan tu.. Kalau saya kurang sikit kot, nanti naik jerawat.. Hihihi

    BalasPadam
  7. sangat menarik, terima kasih

    BalasPadam
  8. Itu emang enak. Tapi lebih top cumi saus tiram:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers