Hari ini hari raya
Semua orang bersukaria
Makan dan minum sudah tersedia
Makan ajerlah apa yang ada
Kanak-kanak merasa gembira
Kerana mendapat duit raya
Abah menangis rasa hiba
Airmata berderai di pagi raya
Dari pagi hingga ke senja
Mencari buluh lemang kat Batu Muda
Ibubapa makin bertambah usia
Peluklah mereka semasa masih ada
Kak long tinggal di Gombak Setia
Anak cuma 5 orang sahaja
Inilah ajer kakak yang akak ada
buruk dan baik terima seadanya
Adik lelaki tinggal di Shah Alam
Mulut suka membebel sahaja
Perangai anak bermacam ragam
Kenalah layan kerenah mereka
Bakar lemang di pagi hari
Peluh meleleh dari dahi
Cuma dapat rasa setahun sekali
Ketupat rendang kuah lodeh
Masakan wajid di pagi raya
Makan sampai kain terlondeh
Kesihatan diri kenalah jaga
6 comments
memang sonok dapat kumpul adik bradik di hari raya....ramai2 meriah dan kecoh sana sini...
by hazman aka species1980 on 1 September 2011 9:56 PG. #
salam rayamerdeka
by zmah on 1 September 2011 11:07 PG. #
selamat hariraya ye kak ina..maaf zahir batin!
by inahar ali on 1 September 2011 12:20 PTG. #
meriah betul
by Sharinginfoz on 1 September 2011 3:32 PTG. #
Assalam ina..selamat hari raya aidilfitri.
by Acik Erna on 1 September 2011 6:25 PTG. #
Selamat hari raya aidilfitri kak ina maaf zahir batin..
P/s - lemang tahun ni tak sedap + hangus...ahhahahah tapi setahun kitaorang merasa 3 kali ler... eheheh
by daydeck86 on 1 September 2011 8:09 PTG. #
Catat Ulasan