OOO

Jumaat, Ogos 12, 2011

Lepak Dan Jejalan Di St. James Park London

Nasib baik ek akak dah lama balik dari London.  Kalaulah pergi masa sibuk dengan rusuhan tentu susah kan,
Dari Buckingham Palace ke St. James Park taklah jauh pun.  Tapi dek kerana dah lama berdiri dan berjalan dari hotel dah terasa lengguh dah kaki. Kenalah cari tempat lepak. Budak-budak sekolah ni dari Paris, guru mereka suruh ambil nama dan negara orang ramai yang datang kat sini.

Akak pun tulislah nama dan negara dalam buku latihan mereka. Mereka boleh cakap inggeris sikit-sikit.
 St. James Park adalah taman yang tertua dari kesemua Taman Diraja LondonBandaraya Westminster, London,ianya  terletak di timur Buckingham PalaceWhitehall dan Jalan Downing.  di dan di barat
Berkeluasan   23 hektar (58 ekar) kat taman ini banyak bermacam-macam bunga-bungaan  yang sedang mekar berkembang sebab dah masuk musim spring.
Kat sini ada  sebuah tasik kecil yang mempunyai 2 pulau iaitu West Island.
Satu lagi  tasik yang di panggil  Duck Island, agaknya sebab banyak  itik yang berkeliaran kat tasik dan kat tepi.  Tak dibenarkan orangramai bagi makan itik ni...kalau bagi kena denda.
 
Suami berdiri di jambatan yang  melintasi tasik.
Dari sebelah jambatan kita boleh nampak Eyes Of London.  
Air kat tasik ni taklah jernih sangat pun...banyak lumut.
Akhirnya jumpa gak port nak melepak aka berkelah. Kami duk  kat sini  agak lama sambil makan bekalan roti.  Untung gi jejalan sendiri ni tak ikut pakej sebab boleh sesuka hati nak pegi dan duk lama mana kita suka.
Bukan kami sahaja, ramai gak mat salleh dan budak sekolah, macam biasa mereka suka bawa anjing..alahai fening tenguk anjing berkeliaran.  Seronok tenguk macam-macam ragam manusia yang mundar mandir dan yang berkelah kat sini.
 Burung merpati kelaparan, datang dekat nakkan makanan.  Suami akak rajin gi kopek kecik-kecik dan campak kat burung merpati.  Tak sempat nak ambil gambar dengan guard naik kuda kat istana sebab malas nak pusing balik.

Dari St. James Park kami ke  London Underground St. James's Park stations yang berdekatan iaitu Station.  Kena tambah duit lagi kat Oyster Card sebab tak cukup.  Nasib baik boleh guna kad kredit.

9 ulasan:

  1. Bukan main gembira sekali muka akak ketika mengunyah roti tu..hahaha.Cantik kan pemandangan kat situ and nampak cuaca pun elok ketika Kak Ina sedang berkelah berdua-duaan.

    BalasPadam
  2. wahh beshnye kak ina dating berdua hihi

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Ina

    burung merpati ni...kat mana2 ada yer...rupanya sama semua

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    BalasPadam
  4. tengok suasana mcm kat Malaysia je, org yg berbeza....nasib baik kakIna dah balik, kalau tak, mau berkurung dlm rmh je kan?

    BalasPadam
  5. Seronoknya kak, cantik gambar2 tu kak ina...

    BalasPadam
  6. teringat kenangan berjalan-jalan kat taman tu :-) harap dapat kesana lagi..tapi entah bila

    BalasPadam
  7. bestnye akak, berpeluang ke sana. ntah bila la pulak giliran sy dpt sampai sana, teringin sgt nak jejak kaki ke sana

    BalasPadam
  8. salam kak ina.fuhh..lama tak jengok blog orang.
    ni baru ada kesempatan.
    selamat berpuasa ye kak ina.

    skang saya duk kat selayang bersama keluarga mertua.
    =)

    BalasPadam
  9. taman bunga.. ahhh cantikk.. ada macam taman bunga citer2 hindustan tak boleh guling2? hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...