OOO

Sabtu, Ogos 06, 2011

Sambal Tumis Sotong Petai

Fuh...hari yang mencabar, sebab dari pagi sibuk ke kedai bakeri cari bahan nak buat kukis.  Alhamduliah walaupun tak di war-warkan di blog tapi masih ada orang yang sudi nak beli kukis akak.  Punyalah ramai orang kat dalam kedai sampaikan nak bayar mengambil masa yang panjang.  Nak beli tepung pun dah habis sehingga terpaksa cari kat kedai bakeri yang lain.

Balik melepek, tak larat rasanya.  Nak update blog pun malas.  Sekarang ni dah lega dan dah hilang penat.  Ashik buat sambal tumis udang sekali sekala tukar guna sotonglah pulak.  Kali ni cuma dapat beli sotong kecik sehingga bila masak jadi kecut.  Resepi kali ni ambil kat blog Ah Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan-tukar ke sotong
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar-akak hiris bulat-gegelang
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
  2. Tambah udang/sotong dan bawang hiris, masak hingga udang/sotong masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

6 ulasan:

  1. HAri ni pun masak petai dengan udang.

    BalasPadam
  2. Fuhh kak, gambar ni meliurkan.. Nasib baik skrg kul 2 pagi.. Haha

    BalasPadam
  3. Semua makan kecuali PETAI...hahahaa tak pandai nak makan ...

    BalasPadam
  4. Wah Kak Ina... petaiii... sedapnyer... petainya ayu tak makan, tapi masak2 yg letak petai ayu suke... :)

    BalasPadam
  5. sedapnyer... terliuk tengok pic sotong+petai akak ni. nak buat menu ni jugaklah ari ni

    BalasPadam
  6. waduh! waduh! pagi2 kok sudah diuji oleh kakinakl ini..

    *selalu pesan kat kwn, mkn petai on weekend je. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers