OOO

Isnin, Ogos 01, 2011

Terima Kasih Blogger Ummiross

Bila nak gi jejalan ke Kuching, kenalah cari info tentang tempat tu, supaya senang kita tau nak tuju ke mana.   Kebetulan kawan blogger Rozali, baru balik dari bercuti di Kuching dan beliau telah berjumpa dengan blogger yang tinggal di situ.  Rozali ada juga bercerita pengalaman beliau bercuti di Kuching di blog beliau.

Akak pun bertanya dengan Rozali, ok ker kalau akak bertanya dengan Ummiross pasal Kuching, Rozali kata Ummiross memang friendly.  Akak pun mula bersms dengan dia, tanya itu dan ini dan beliau telah sudi menawarkan diri untuk menjemput akak di airport.  (panjang cerita..kejap jadi..kejap tidak di sebabkan ada masalah)
tenguk gambar macam dah kenal lama kannnnnnnn
Akhirnya berjumpalah kami kali pertama di Airport Kuching dan alhamdulliah Ummiross pun ramah tamah cam akak.  Senang sikit nak berpot pet tapi sayangnya Ummiross tak nak muka dia masuk dalam blog. Tak perlah Ummiross, akak letak bunga ros yer..sesuai dengan nama panggilan kamu.Jangan marah yer..Ummiross pun ada cerita tentang pertemuan kami di SINI.

Jika akak nak ke mana-mana akak akan sms beliau dan beliau dengan senang hati akan membalasnya.
 Beliau yang datang bersama suami  telah sudi meluangkan masa menghantar kami semula ke airport pada hari Sabtu lepas.  Terharu rasanya di atas budi baik Ummiross, walaupun cuma kenal sebentar tapi masih sudi tolong akak.  Terima kasih sekali lagi.  Semuga persahabatan kita akan berterusan selamanya.

Oh yer..Ummiross ni ada jual macam-macam kat blog beliau.  Bolehlah jenguk kat situ, kalau tak dapa tke sana bolehlah beli secara on9 dengan beliau di http://salamborneo.blogspot.com/

p/s itulah untungnya berblogger sebab kalau nak gi ke mana-mana, boleh tanya apa yang patut.  Tapi jangan  ambil kesempatan yer, orang tak sukalah pulak.

6 ulasan:

  1. hahahaha.. so suweet...ahahahaha..

    BalasPadam
  2. slmt berpuasa kak ina n keluarga..masak apa kak hr ni?

    BalasPadam
  3. hurmm....lepas nie story la pasal makanan kat sana yea.... saya rindu betul nak makan MEE KOLOK....

    BalasPadam
  4. tak sabar jugak nak jumpa ummiross..insya'ALLAH kalau ada rezeki ke kuching...comel betul ummiros ber'mask' kan ros..suweet...

    BalasPadam
  5. wahh, travel aje kak ina sy ni. selamat berpuasa.

    BalasPadam
  6. naper dia taknak masuk muka dalam blog akak yang glemer ni?? hehehe.. untung laaa jenjalan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers