OOO

Jumaat, Ogos 26, 2011

Tiap-tiap tahun kena buat

masih dalam oven (senang dah beli oven besar, cepat sikit)
Dulu akak memang ambil tempahan buat tat nanas, tapi sekarang ni malaslah pulak nak menerap. Tapi dek sebabkan mak, kakak dan adik suruh buat akak merajinkan diri membuatnya.

Kalau buat kena buat 4 adunan baru cukup nak bagi semua. Entah kenapa mereka tak berapa gemarlah pulak tat gulung. Resepi ni akak ambil dari kedai bakeri yang dah tutup.

Bahan-bahan
250gm butter 60 gm gula aising 2 biji kuning telur1 sudu teh vanila3oo-330gm tepung gandum*50 gm tepung jagung*30gm tepung kastad*20gm susu tepung*2gm garam halus* ayak
    Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
    450 gm parutan nenas – tapis
    1 camca besar jus limau nipis
    180gm gula pasir
    1 batang kayu manis

    Cara-cara
    1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.
    2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
    3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
    4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
    5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
    6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
    7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.



    Untuk Jem:
    Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

    11 ulasan:

    1. ermm tengok pon nampak sedap.belom try lagi ni kak.hehehe

      BalasPadam
    2. bestnya tart. family saya suka makan tart gulung.
      Selamat Hari Raya kak ina. semoga bergembira ceria di hari raya bersama orang2 tersayang:)

      BalasPadam
    3. sy suke sgt tart nenas. tak lengkap raya tanpa tart nenas :D skrg dah moden kan kak, siap ade tart nenas strawberry lah, blueberry lah. mak sy dulu pun rajin buat tart nenas, sy lah yg tukang terapnye :)

      selamat menyambut lebaran ye kak..

      BalasPadam
    4. my peberet tu kak ina... selamat hari raya

      BalasPadam
    5. arwah mak sy pun suka buat tart yg bentuk mcm ni.... :) baru tgk dh terliur ni kak, belum raya nih hihihihi

      BalasPadam
    6. terliur pulak tengah2 hari begini nampak kuih tart ni..yea kuih tart mmg sedap. Kuih tart leeya dh habis seblg.. totally 3 balang kuih sudah habis, raya tak menjelang2 lagi nih..

      BalasPadam
    7. saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut lebaran, ampun dan maaf jika sekiranya ada komen saya sebelum ini yang boleh mengguriskan hati awak.

      BalasPadam
    8. Oh! Tart Nanas.. suka sangat..

      Tergoda la tengok tart tu Kak Ina :)

      BalasPadam
    9. - seb baik anak2 x brape makan tart nenas...xyah le buat...beli je sebalang...hehehe


      Selamat hari raya buat kakinakl...

      BalasPadam
    10. MMMmmmmmmmmm Sungguh sedapppp

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers