OOO

Jumaat, Ogos 26, 2011

YOGURT FRIED CHICKEN

 
 Ayam ...ayam..ayam..pujaan hati anak-anak.  Apa nak buat ikut ajerlah tekak anak-anak terutama masa bulan puasa ni.  Tak ikut pun tang letak tepung sebab nak cepat, masukkan ajer terus dan perapkan.  Resepi asal dari Love to cook.
 
YOGURT FRIED CHICKEN by Love  Bahan (A)
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
1 cwn/250ml plain yogurt
6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
2 inci halia ~ ditumbuk halus
1 sb serbuk paprika
1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
garam secukup rasa
2 tangkai daun kari

Tak ikut step yang ni.  Akak masukkan tepung kfc bersama serbuk paprika dan serbuk kari kedalam ayam tadi.  Perap dalam 1 jam baru goreng bersama daun kari
Bahan (B)1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
1 sk baking powder
1 sb serbuk paprika
1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
secubit garam
jus lemon (optional)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
  2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
  4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
  5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
  6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! <img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/>
  7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

2 ulasan:

  1. auntie, tumpang tanya.. serbuk paprika tu apa eh.. ade ke kat India T_T

    BalasPadam
  2. nampak sgt yummy :)
    selamat hari raya utk kak ina & family
    jemputlah dtg beraya kat umah me raya nanti :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...