Isnin, September 12, 2011

Biskut Kellogg's Corn Flakes Beri Rochel

Akak ambil resepi ni kat kotak Kellogg's Corn Flakes.  Lebih kurang cam resepi yangresepi cornflakes cluster parlline dulu tu..cuma yang ni guna cranberry kering.  Akak tukar ke badam cincang sebab anak tak suka makan buah-buahan kering camtu.
Bahan-bahan
  • Kellogs Corn Flakes 300gm
  • Coklat susu kompoun 500gm-guna dark coklat (sangai/bakar dulu)
  • Cranberry kering (cincang)-tukar ke badam cincang
  • Cawan Kertas kecil  1 roll
Cara-caranya
1.  Cairkan coklat susu, kemudian masukkan Kellog's Corn Flakes, badam cincang (cranberry kering) dan gaulkan coklat sehingga menutupi bahan tadi.
2.  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas, taburkan badam cincang, kemudian masukkan ia ke dalam peti sejuk selama 3-6 minit agar coklat keras.
3.  Kellogs's Corn Flakes Berry Rachel sedia di hidangkan.

3 ulasan:

  1. akak...simple jekan biskut nih....tapi best makannya kejap je habis....anak2 paling suka...nak buat gak nanti nak bawak gi open house ofis.....



    p/s
    akak sedih nih tadi check2 kat side bar akak tempat bloglist member yg pernah jumpa takde pun URL blog kita...uwaaaa.....

    BalasPadam
  2. sedapnya nampak.. ada lagi ke kak? nak pi beraya umah akak laaa

    BalasPadam
  3. bisut sekejap aje laa kalo kid makan.. hehehe..
    p/s: akak. tukarkan blog link kid ke shakiddo.com yea..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...