OOO

Khamis, September 22, 2011

Cepat Dibuat Sedap Rasanya

Tak percaya cuba buat, senang sungguhlah nak membuatnya.  Akak buat nak bawa gi umah open house umah kak long kat Gombak pada minggu pertama raya.  Seperti biasa semua orang kata sedap..kembang (apa yang kembang ek) bila mendengarnya.
Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)-akak guna coklat emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

8 ulasan:

  1. macam senang je nanti nak trylah....

    BalasPadam
  2. Salam, tengok cantik..makan sedap ...apa lagi,terliur..terliur,nk kena nerai gak ni.tq sharing

    BalasPadam
  3. laaaaaaa...puding rupanyer...ingatkan kek marble tadi...hahaha...daku tertipu !!!

    BalasPadam
  4. kembang aper? kalo sy ckp, kembang idunglah. tp, kalo hub sy ckp lg kotoq, kembang j*b*q... jgn x publish eks komen sy neh, kak....ehehheheh

    BalasPadam
  5. bahan2 pun mudah didapati...cantik jeee..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers