OOO

Jumaat, September 30, 2011

Gempak Open House Ni!!

Tiap-tiap tahun saudara akak ni memang buat open house .  Minggu lepas sebelum ke Bora Ombak akak ke sini dulu.  Saudara mesti di dahulukan.
 Dari jauh dah terbau satay yang sedap ini..terbaikkkk
 Walaupun abah dah tak kuat berjalan lagi, kalau rumah sepupu abah 
jemput, abah akan pergi dan inilah satu-satunya rumah yang abah pergi setiap tahun.  Abah dah tak kuat macam dulu, jalan pun dah bertongkat dan penyakit jantung beliau bertambah teruk.

 Bila jumpa saudara mara, abah mulalah mengalirkan air mata.  Biasalah orangtua memang sensitif.  Adik lelaki akak (kulit hitam sikit kan) sedang melayan abah.
 Kerabat akak..adik ipar, anak buah dan Imran.  Mula-mula makan satay sebab tak tahan bau, pastu kuehtiaw goreng,pastu...pastu...alahai banyak sangat makanan sehingga rambang mata.
 Inilah satu-satunya kakak akak..fuhyoooo kak long..cam Datin..
tengah ceduk laksa
Setiap tahun juga ada kambing panggang.  Setakat ni akak puas hati dengan kambing panggang yang ini.  Kali ni 4 ekor kambing panggang di sediakan.

Adik lelaki akak yang berambut panjang sedang beratur. Budak lelaki tu meleleh air sampai lap dengan t shirt. Tempat yang paling jadi tumpuan.  Semuga murah rezeki beliau dan boleh buat open house lagi tahun hadapan.
Cam kenduri orang kawin, penuh meja.  Kalau dah dapat tempat duduk, kena makan kenyang-kenyang baru balik.  Akak dah kenyang terus zassss ke Bora Ombak..dek kerana kekenyangan kat situ tak makan sangat pun.

p/s bila makan teringat 3 orang anak yang tak dapat join.  Sayuuuuuu

14 ulasan:

  1. hamboi...mmg gempak openhouse umah tu...mmg dah mcm kenduri kawen dah...

    rupa akak ngn abah akak seiras la hehe...

    BalasPadam
  2. Makan daging kambing panggang sememangnya sungguh enak.

    BalasPadam
  3. woww
    memang besar2an tuh
    murah rezeki tuan rumah hendaknya :)

    BalasPadam
  4. Wah! Bestnyer kambing panggang tuh. Auntie plak bila nak buat open house nih. Tak teringin ke nak jemput saya gak..he3

    BalasPadam
  5. Meriahnya ina... macam majlis kahwin...

    BalasPadam
  6. meriahh nya opn house..puas ati mkan neh..hehe

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Kak Ina

    Insyaallah
    Allah tidak lupa janjiNya kpd orang yg suka bersedekah/derma

    Wassalam

    BalasPadam
  8. kat situ jugak la bru kita dapat jumpa kan kak....

    BalasPadam
  9. open house sampai 4 ekor kambing.memang terbaeek la.

    BalasPadam
  10. memang satu acuan adik beradik akak! Semua rupa nak dekat sama dengan ayah akak. Tapi adik yang rambut panjang tu x perasan pulak muka dia. Firasat saya dia hensem. ahem. hihihi :)
    Kak, mmg tetiap tahun mcm ni ke kak open house ni? Pergh, besar-besaran sungguh!!

    BalasPadam
  11. muka akak dgn adik lelaki seiras tp kakak akak lain skit rupanya

    BalasPadam
  12. besarnya open house... ini bukan open house udah open gudang ni....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers