OOO

Jumaat, September 09, 2011

Last Day Kat UK

Kadang-kadang ni pot pet psl gi ke sini tapi malas nak upload gambar.  Bulan puasa memang sibuk sikit langsung malas nak edit dan upload gambar. Tu sebab cerita kat sini tak habis-habis lagi. Oklah sambung cerita lagi.


Ini ajer yang kami boleh kami makan untuk sarapan sepanjang 2 hari duk kat hotel di Paddington.  Nasib baik ada gak yogurt dan susu berserta cornflakes.  
Oleh sebab beg  berat sungguh tak larat nak angkat  naik underground/train, kami sewa keta kat kedai yang kami jumpa masa-masa jalan nak gi underground Paddington.  Kenalah bayar 30 pound..kalau naik underground/train taklah mahal macam ni..tapi tak sanggup nak pikul beg dari stesyen ke hotel...agak mahal bukan..nak buat camner...redha ajerlah.
Kami pilih duk kat Hotel ibis London Heathrow Airport sebab nak balik ke Malaysia pada esok pagi. Bertolak dari London dalam pukul 10.00 pagi.  Mula-mula nak naik taxi hitam tapi takut mahal.  Dari hotel ke sini ambil masa tak sampai 1 jam.
Memang puas hati duk kat hotel ibis ni.  Cantik pulak tu..harga cuma RM200 lebih  semalam tanpa sarapan.  Kalau nak b/fast kena tambah lagi, buat per nak b/fast kat situ kalau ada letak daging t..t..tu.  Geli tekak nak makan.  Kami cari hotel ni kat internet ajer.  Kalau nakkan harga murah book dalam 4-5 bulan sebelum nak duk sini.
Suami kata kalau datang lagi nak duk kat sini ajer, kalau nak ke London boleh naik bas ataupun pergi ke Terminal 4 ..boleh juga kalau naik train ataupun underground.  Ada bus ke situ dengan bayaran 4 pound sehala.
Lepak sekejap pastu cari makan.  Hotel Ibis dekat dengan Hotel Premier Inn Heathrow. Kami jalan kaki ajer nak cari makan..padahal banyak bus yang lalu lalang.
Dek dekat dengan airports.  kapalterbang ashik lalu lalang.  Seronok gak dapat tenguk pandangan macamni.  Kalau hari-hari pening gak sebab bising.
Sambil jalan sambil ambil gambar, tak perlu terkejar-kejar sebab kami habiskan masa kat sini ajer satu hari.  Seronok tenguk rumah kat sini yang tak berpagar.
Sebab dah nak masuk musim panas, banyaklah bunga sedang berkembang.  Ralit tenguk bunga-bunga yang banyak di tanam di halaman rumah mereka.  Kat kawasan ni semua duk rumah camni.
Dalam 1 kilometer kami sampai kat pekan kecik..ada tesco dan kedai.  Kawasan ni agak tenang dan kenderaan pun tak banyak.  Kebanyakkan yang duk sini orang Sikh dan muka cam orang pakistan.
Dari dalam keta sewa akak memang ashik pandang kat luar nak tenguk kat mana ada jual makanan halal ..nampak pulak kedai halal ni.  Cuma ada 3 makanan halal di sini dan semuanya di usahakan oleh orang Sikh beragama Islam.
Kat sini ada gak jual nasi sedap seakan nasi beraini/mandhi.  Kami makan dengan kebab. Beli satu dan kongsi dengan hb sebab nasi yang di hidangkan agak banyak.  Nasib baik tak beli 2 ..kalau idak kena buang ataupun tapau bawa balik.
Untuk makan malam kami tapau pizza dan beli air sebab takut dan malas nak keluar memalam.
Kami beli jus, air dan susu kat sini.  Ada gak maggi..kedai ni pun kepunyaan orang sikh...tak taulah orang islam ataupun bukan.
Ambil gambar sendiri...cam biasa muka tak senyum. Tak best lak tak ada gambar kenangan kat sini.  Lepak selepas kenyang makan tengahari.  Balik ke hotel pun jalan kaki ajer sebab cuaca tak panas pastu rasa selamat jejalan kat sini.

Malam suami gi ke tempat bowling..akak lepak ajer kat bilik. Simpan tenaga nak harung perjalanan balik berbelas-belas jam.

7 ulasan:

  1. bila nak bawak saya jalan2 kat sana pulak kak ina?
    hehe

    BalasPadam
  2. suka tengok bunga2 tu kan kak...tenang je..mcm therapy..

    BalasPadam
  3. bestnye akak bila baca citer akak ni. mmg sronokkan tgk umah2 kat sana, bukan ada pagar n grill pun

    BalasPadam
  4. kebab dgn nasi mandy tu nmpk sedap. hehe.

    BalasPadam
  5. Salam KakIna cayang. Amboi KakIna makan angin sampai ke London ek... hebat! Kat Paddington tu dulu banyak halal food, kedai Indon pun ada, Along suka nasi padang dia & gado2, tak tau ler ada ker tidak lagi. Shopping apa bawa balik Msia?

    BalasPadam
  6. moga2 me dpt ke sini lagi one day :) me suka life kat UK :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers