OOO

Khamis, September 22, 2011

Makan-makan Di Sini Sana

 
Tiap minggu ada open house, seboleh-bolehnya akak cuba datang. Minggu pertama raya  kerumah kak long yang buat open house.  Lepak sampai petang kat situ.  Gambar lupa pula ambil.

Minggu ke 2 ke rumah member hb buat sekali sambutan hari jadi cucu perempuan 2 orang.  Meriah dengan makanan , akak cuma makan satay dan jamah sikit kek secret recipes yang ada kacang macademia.  Rugi ooo kalau tak makan kek mahal.

Pastu ke kenduri kawin blogger, kat MRR kereta jalan cam semut, bila sampai pengantin dah bersanding.  Hujan pulak tu, bila dah bergambar dengan kakak pengantin, kami ke Shah Alam.  Plan asal nak gi 2 umah saudara di Sg Way dibatalkan sebab jalan kat Federal Highways jem teruk.

Sampai umah adik dah tak larat makan, cuma jamah makan keropok lekor.  Pukul 9.00 malam bergerak balik ke rumah..nasib baik semua jalan dah clear.
Minggu ke 2 ke rumah kerja kawin tali baruts di Cheras pastu ke rumah Aus member blogger yang dah tak aktif berblog sebab nak tumpukan pada pelajaran. Eloklah tu sebab blog ni untuk orang yang punya masa lapang cam akak ni.
Rupanya Aus ni kawan baik dengan anak kak long akak.  Wah keciknya dunia..pusing pusing jumpa orang yang sama.  Lepas ambil Ira di Seri Gombak (gi open house kawan dia) jalan kat MRR memang sesak sungguh, nasib baiklah manager akak cilok sana dan cilok sini.  Hari dah petang tak sempat nak gi umah lagi satu.  
 
Imran dan Ira ashik menikmati mee/bihun/soto ayam.
Terpaksalah jalan belah malam pula, sebelum tu call dulu tuan rumah boleh ker idak datang malam, tak sedap hati nak ganggu tuan rumah. Nasib baiklah acara sampai pukul 10.00 malam, balik umah dulu lepak.  

Lepas hb balik kerja baru pergi ke rumah jiran lama yang duk kat taman area Gombak (nasib baik dekat).
Budak kecik ni dulu duk sebelah rumah, sekarang ni dah pindah ke rumah taman. Satu hari tak yah masak tiap-tiap minggu.  

Hari Sabtu ada 2 open house tapi tak leh join sebab ada hal lain, hari minggu ni pulak umah saudara.  

Fuhhhh  setiap minggu ada makan-makan..best kan.

7 ulasan:

  1. raya meriah kan kak..yg penting kadang2 setahun sekali je pun kita dtg rumah sedara/kwn kita tu..

    BalasPadam
  2. masa raya nilah kita baru berkesempatan jumpa / kenal sedara mara..... memang elok sangatlah buat open house, boleh kenal lebih rapat...

    BalasPadam
  3. kak ina.. part tak yah masak tu yg best hehehe ...

    BalasPadam
  4. murah rezeki akak...kalau sampai habis tahun ni,tiap2 minggu tak yah masak kan best..kan kak..he he he

    BalasPadam
  5. best nya kak ina xyah masak..yer la bkn selalu pun kan..hihihi

    BalasPadam
  6. syokkk betul raya ni kan dpt makan free tetiap minggu hihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers